Daeng Marewah, Tok Langgar Dan Kg Serkam Darat.3 nama yang penting dalam pembukaan kampung ini. Semoga blog ini dapat menjalinkan hubungan persaudaraan yang terputus dan jauh menjadi bersatu kembali.
Tuesday, April 26, 2016
Salam Rejab Dan salam Daeng 2016
Kepada semua saudara daeng kali ini saya terpanggil untuk meneruskan lagi usaha mengangkat sejarah Tok Langgar dan Serkam Darat serta warisan bugis Melaka.
Terima kasih daun keladi buat Pak Kelana Jaafar Sg Rambai, Iskandar Johor dan Abang Napi diatas sumbangan dan komitmen bagi menggerakkan sejarah Bugis. semakin hari semakin bagi maklumat baru ditemui. Indah sungguh pencarian sejarah keturunan saya ini.
usaha dokumentasikan sejarah lisan ini harus dibuat kerana orang lama yang mengetahui sejarah Datuk Langgar seperti Datuk Ibab, Cikgu Tahir, Pak Ngah /Datuk Talib semakin merisaukan saya. Saya mohon semua saudara yang singgah di Blog ini mendoakan semoga coretan sejarah bugis ini dalam dilakukan dan mohon ALLAH permudahkannya
Saya berusaha untuk membawa Dr Zahidi Pengerusi Sejarah Lisan Malaysia untuk membantu menzahirkan sejarah ini. Semoga ianya akan dapat dilaksanakan. aminnn