Thursday, January 26, 2012

Carta Daeng Marewah sebelah serkam darat melaka

Assalammualaikum wrt.

Terima kasih kepada saudara daeng yang selalu bertanye kabar dan update banyak maklumat pada saya.sekali lagi saya highlight semula carta teromba kami cucu daeng di belah serkam Darat ,merlimau,,melaka.

Ramai nak tengok carta tersebut.mungkin dengan carta ini dapat kita hubungkan pertalian persaudaraan ang jauh dan sudah lama terputus.



























































sorry besau sangat.tapi puas tengok carta nie.



Kepada anak serkam darat yang ingin pecahkan lagi jurai keluarga boleh pegi ke www. geni.com
just  follow/ikut arahan kat bawah jer.

1.log in pakai facebook akaun.
2. taip yasak kat search
3.cari keluarga anda dalam carta tu. sama macam carta yang saya tunjukkan dalam blog  nie.
4.Ramai keluarga dah update kat sana.


kalau tak tahu emailkan maklumat pada saya nanti saya bantu.

puyubetuk@gmail.com
salam ukwah semua daeng.

Bahasa Bugis.Menarik hatiku

Assalammualaikum wrt.
Hari ni saya tertarik dengan bahasa ibunda bugis.mungkin kat area melaka bahasa bonda kita nie dah pupus tidak macam di sabah dan sebelah johor.

Majoriti kami di serkam darat, melaka sudah tidak menggunakan bahasa bugis.Artikel dalam surat khabar  baru baru ini amat  berguna.saya akan  masuk dalam blog ini.

Semoga sedikit sebanyak ia dapat mengembalikan kita  kepada bahasa tuturan datuk nenek kita

sebagai pedoman dan sharing.

MakanManréᨆᨙᨋ
MandiCemméᨌᨛᨙᨆ
TidurTinroᨈᨗᨋᨚ
MatahariEssoᨕᨛᨔᨚ
BulanUlengᨕᨗᨒᨛ
LelakiAnaburanéᨕᨊᨕᨅᨘᨑᨙᨊ
PerempuanAnadaraᨕᨊᨕᨉᨑ
BesarLoppoᨒᨚᨄᨚ
KecilKereniᨀᨛᨑᨛᨊᨗ
SedikitCéddéᨙᨌᨙᨉ
BanyakMaégaᨆᨙᨕᨁ
SukaPujiᨄᨘᨍᨗ
YaIyeᨕᨗᨙᨐ
TidakDeᨙᨉ
BukanTania
. sekian bahasa jiwa bangsa

Sunday, January 15, 2012

Coretan daeng 2012.Kenapa jurai keturunan Daeng Marewah ini Senyap???

Kenapa jurai keturunan Daeng Marewah ini Senyap???.
Kenapa tiada waris walak yang kuat menyimpan jurai keturunan Datuk Langgar Ini?
Apakah peristiwa yang berlaku dengan perjalanan Daeng Marewah dan cerita Datuk langgar?

Persoalan demi persoalan bermain di minda saya. ada masih jauh dalam usaha nak mencari cerita asal datuk nenek moyang daeng Juga masih jauh persoalan siapakan pemuka kampung serkam darat ini akan terjawab? .Dimana  lagi saudara saudara daeng Marewah dan Langgar yang tidak tahu dimana?. Persoalan akan terjawab sekiranya  maklumat lengkap Datuk langgar diperolehi dan sambungan daeng marewah ini INSYAALLAH terjawap.

Wednesday, January 4, 2012

Coretan daeng 2012.

Assalammualaikum wrt. Salam Ukwah dan salam tahun baru 2012 bagi semua saudara daeng.Alhamdulillah kali ini saya ada kelapangan dan masa untuk meneruskan usaha menjejak susur galur.
Ramai tercari-cari kenapakah daeng Marewah ni hilang salah silahnya. susur galurnya terputus putus.

saya , asrul dan semua sedang merancang untuk menyatukan salahsilah susur galur yang terputus. mana susurgalur yang ada kita cantumkan sedikit demi sedikit dan usaha penyatuan yang pasti akan mengumpul data maklumat yang lebih baik daripada  dahulu. Dalam usaha ini pasti ada ranjau duri. dan kita berdoa semoga usaha mencari asal usul dan saudara daeng ini bersatu akan menjadi kenyataan.

Apa yang termampu saya dan keluarga coretkan adalah salah silah keluarga Daeng Marewah sebelah serkam darat dan saudara asrol ada maklumat lain dan kita cuba rungkaikan dan cantumkan semua. Begitu juga yang berminat boleh kita satukan dan bawa kepada sumber pemegang teromba daeng dan cuba wujudkan persatuan daeng marewah mengikut negeri .

isyaALLAH kita akan cuba menyusuri pencarian Atuk Daeng Marewah yang sebenarnya. amin

Sunday, November 6, 2011

Buat saudara daengmarewah semua 6/11/11

Salam ukwah buAt semua,Maaf Kerana tiada kabar berita.sekarang keadaan x mengizinkan saya Utk Saya update blog Dan meneneruskan pencarian juraikeluarga daengmarewah tergendala seketikA.urusan kerja kini membataskan Saya.buatasrulsaya akanmghubungi tuan yer.

Friday, July 1, 2011

Coretan Daeng 2 julai 2011

Assalammualaikum wrt.

salam ukwah , salam daeng dan silaturrahim pada semua. kali nie saya  nak coretkan beberapa perkara yang agak menarik minat semua. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dengan perkongsian maklumat.

1. Hubungan  5 daeng dengan negeri sembilan dan
2. hubungan daeng marewah dengan kerajaan negeri sembilan.

berpandukan cerita  yang diberi  5 daeng ini ke johor dan menyerang kerajaan  pada  hari yang sama raja  Malewar naik tahta kerajaan negeri sembilan.kenapa hari yang sama. mengikut ceritanya lagi kerana  negeri sembilan dahulunya dibawah tahta kerajaan johor dan dengan ini maka  ia dapat  tubuh sebuah negeri sendiri. 
linggi  dijadikan  laluan orang-orang bugis untuk  laluan ke johor.menarik juga.

2. Hubungan daeng marewah dengan  raja malewar juga dikata mempunyai talian darah dan keluarga daeng  ini mempunyai keluarga daripada minang . saya rasa ada berkaitan dengan susur galur yang dicop bekas mufti negeri sembilan. ada menceritakan tentang raja melawar sama dengan daeng marewah. ismi hati ini rasa adalah 2 raja yang berbeza. tetapi persoalannya apa kaitan daeng marewah dengan bangkahulu dan raja malewar? persoalan juga.apa kaitan kawasan riau  dengan daeng ini. ? persoalan lagi mungkinkah perjanjian awal antara mereka sebelum menyerang johor?teruskan pencarian

Yang pasti  susur galur daeng marewah masih pudar berbanding 4 daeng yang lain.  di manakah ia patut bermula?

sehari 2 nie  saya dapat lagi maklumat dengan perkenalan rakan facebook berpandukan blog pencarian  mereka merungkai sejarah asal keluarga.semoga saya bersemangat untuk teruskan perjuangan ini. 

perlu ke muzium bugis, mendapatkan buku tulisan raja haji dan pergi berjumpa penyimpanan teromba daeng marewah ini. moga Allah permudahkan lagi urusan. amin

Wednesday, June 22, 2011

Coretan Daeng 23 Jun 2011 :DAENG CHELAK>DAENG MAREWAH.

Assalammualaikum wrt.

Coretan daeng kali ini tidak banyak maklumat dan input cuma ALLAH telah mempertemukan kita dengan saudara saudara daeng yang lain menerusi facebook. Syukur padaMu ya ALLAH.ALHAMDULILLAH

Kepada yang telah mengikuti blog daripada awal lagi kita telah memperkemaskinikan blog bagi mengelakkan sebarang salah faham dan tafsiran.

Terperanjat apabila bertemu dengan seorang kakak ini dan berpesan jangan jadi seperti SI KITOL. sape dia saya pun tidak pernah mendengar cerita dan namanya.Mungkin  kakak tersebut kurang paham ape dia Blog ini.BLOG sejarah keluarga sejarah kampung. cuma pudar-pudar maklumatnya.mula mula tergelak sebab macam lucu nama dia.bila dijelaskan baru tahu ape dia yang saya share kat Facebook . itula kisahnya.

KAMPUNG SERKAM DARAT mempunyai ikatan keluarga yang menyeluruh dengan DARAH BUGIS dan mengikut fahaman kami, kamilah cucu cicit daeng Marewah. inilah yang diceritakan oleh tok nenek kepada kami. secara lisan bolehlah difahamkan tetapi dimana faktanya.Dalam usaha ini, ada pelbagai pendapat dan mudah-mudahan  dengan pendapat itu, kami temui cerita yang satu.

Arwah Ayah ada memberitahu bahawa dalam satu kampung ini semuanya saudara kamu dan cuma 2 keluarga yang datang daripada luar dan bukan daripada keluarga Bugis.

Jika dipermudahkan lengkap salahsilah ini bermaksud lengkap rumpun Daeng di Kampung Serkam Darat ini. semoga usaha ini dapat diredha ILAHI dan dirahmatiNYA

Tujuan blog ini adalah untuk  menyusuri salahsilah dan sejarah keturunan dan disamping merapatkan  keluarga lain yang terputus hubungan  lama dan akhirnya barulah lengkap susurgalur kami di Serkam Darat Melaka ini.Sehingga hari ini pelbagai usaha dilakukan oleh Datuk Talip Md Zin , Poklong Ibab , Abang Amir dalam menyusuri keturunan Daeng ini.Yang saya tahu belah  nek Wan, ramai keluarga di sebelah Semerah. boleh dikatakan penuh rumah nek Wan bila raya. cuma saya yang muda-muda ini tidak beberapa kenal lagi.