Tuesday, April 26, 2016





















Salam Rejab Dan salam Daeng 2016

Kepada semua saudara daeng kali ini saya terpanggil untuk meneruskan lagi usaha mengangkat sejarah Tok Langgar dan Serkam Darat serta warisan bugis Melaka.

Terima kasih daun keladi  buat Pak Kelana Jaafar Sg Rambai, Iskandar Johor dan Abang Napi diatas sumbangan dan komitmen bagi menggerakkan sejarah Bugis. semakin hari semakin bagi maklumat baru ditemui. Indah sungguh pencarian sejarah keturunan saya ini.

usaha dokumentasikan sejarah lisan  ini harus dibuat kerana orang lama  yang mengetahui sejarah Datuk Langgar seperti Datuk Ibab, Cikgu Tahir, Pak Ngah /Datuk Talib  semakin merisaukan saya. Saya mohon semua saudara yang singgah di Blog ini mendoakan semoga coretan sejarah bugis ini dalam dilakukan dan mohon ALLAH permudahkannya


Saya berusaha untuk membawa  Dr Zahidi Pengerusi Sejarah Lisan Malaysia untuk membantu menzahirkan sejarah ini.  Semoga ianya akan dapat dilaksanakan. aminnn



Monday, January 12, 2015

2015 coretan Daeng...........alhamdulillah

Bismillah...
Salam Ukwah saudara daeng semua.

Hari ini tahun baru 2015 dan banyak benda yang masih  tidak dapat dilaksanakan lagi. mudah-mudahan ianya dapat dilakukan dengan jayanya pada tahun ini.











Gambar kenangan arwah abang Yassin  ketika saya berada dirumah beliau dalam penceritaan salahsilah keluarga Tok Langgar dan teromba kampung..



 1. Yayasan Bugis Serantau(jemputan Dr Jasmi Sg. Rambai.)

2.  Zahirkan teromba Bugis Serkam Darat

3.  Mengangkat sejarah Tok Langgar di kampung sebagai warisan bugis.

terima kasih pada yang masih mencari salah silah keluarga bugis dan terima kasih kerana bertanya dan terus mencari....

Setelah menelek kertas kerja Dr. Jasmi saya melihat Tok Langgar ini masih boleh diangkat sebagai warisan bugis di Melaka. bagaimana Sg. Rambai boleh diangkat sebagai  tempat sejarah warisan bugis.

Saya dapat  no contact Hj Tahir  Dan Dr. Hamidah  dan ianya sebagai hubungan maklumat dan salahsilah Serkam Darat  yang terbaik.

jika saudara / saudari perlukan maklumat segera boleh cari saya di facebook.com pakcat..

saya tetap akan menggunakan waris daeng dan tak salah jika menggunakannya. ada juga yang mempesoalkan kami tidak layak dipanggil daeng kerana beberapa sebab.Darah yang mengalir ini adalah sebahagiannya adalah darah bugis... wallahualam





Friday, April 4, 2014

OTW Generasi Y kampung yang bersemangat waja Untuk kenal salahsilah keluarga Daeng

Salam  Daeng Buat Saudara Daeng semua

Petang yang agak sejuk dan nyaman kekawan whatapp  memaklumkan untuk menyambung data keluarga dalam salahsilah yang abg kamal buat di www.geni.com.terima kasih sekali lagi kepada semua.

untuk makluman data di internet tidakkan lenyap selagi adanya internet dan maklumat ini yang kami perlukan bagi menyatukan keluarga semua.

Alhamdulillah ada perkembangan  yang baik dan beberapa keluarga sudah mengemaskini data dan perkembangan ini memberi  petanda  yang positif.

bagi saudara yang berminat menyambung data dalam salahsilah daeng marewah serkam bolehlah memberikan email tuan tuan kepada saya atau terus ke laman www. geni.com dan search yasak dan mohon send email tuan tuan kepada saya Mohd Arshad disana. IsyaALLAH saya cuba sedaya upaya membolehkan maklumat atau carta keluarga tuan tuan dapat disambungkan daripada carta Utama Daeng Marewah ini.

Semoga kita dapat merungkai segala persoalan yang sedang dicari berhubung siapakan kita dan siapakan saudara kita yang selama ini tercari-cari.

salam ukwah daripada saya
Assalammualaikum

Tuesday, February 25, 2014

PERTEMUAN PEGAWAI DAERAH, DATUK YB KAWASAN,DATUK PENGHULU SERKAM WARIS DAENG TOK LANGGAR DAN PEGAWAI PERZIM MELAKA(MUZIUM NEGERI)

SALAM DAENG BUAT SEMUA.

PERTEMUAN PEGAWAI DAERAH, DATUK YB KAWASAN,DATUK PENGHULU SERKAM WARIS DAENG TOK LANGGAR DAN PEGAWAI  PERZIM MELAKA(MUZIUM NEGERI)

Saya wakil kepada  cucu cicit  Tok Langgar mengucapkan terima kasih kepada YB KAWASAN SERKAM yang banyak membantu kepada permulaan pencarian DAENG di serkam darat /serkam .

Selama ini banyak cerita dan maklumat  tidak direkodkan sehinggalah beberapa usaha penggerak seperti Pok long Ibak, Arwah Bang Yassin (anak Mat Dagu) Cikgu Tahir, Dr Jasmi , Pak Talib, dan beberapa nama  lain merekodkan secara bertulis jurai salahsilah keturunan.

selangkah lagi  kita menuju kepada MENGANGKAT usul cerita Tok Langgar ini dan sejarah penempatan kampung yang kami sayangi ini.


Hasil Pertemuan dengan Pegawai DO, YB dan Pegawai Muzium Melaka ini antaranya

1. Mengangkat sejarah Tempatan Serkam sebagai salah satu lagi kawasan perlancongan yang boleh diketengahkan

2. Pihak Muzium memerlukan kertas kertas sejarah penempatan serkam yang mempunyai sejarah dan fakta yang boleh diketengahkan .Ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan

3. Mengangkat sejarah Tokoh dengan cerita dan maklumat salahsilah keluarga yang boleh dikaji oleh pihak Muzium.

 Agak menarik dan saya memerlukan beberapa saudara yang ada kelapangan untuk membantu menjayakan usaha ini dilaksanakan dengan kadar segera.

Kearah mengumpulkan semua orang tua keluarga dan yang memegang salahsilah Tok Langgar mempunyai peluang yang cukup cerah. Kita berdoa semoga ianya dipercepatkan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Selain dapat juga menubuhkan persatuan daeng serkam melaka  boleh dilakukan .

terima kasih En syukri Perzim dan moga ini bukan pertemuan akhir dan kami akan terus memberi maklumat dan membantu tuan dan kami mengenali sejarah asal usul kami.

Terima kasih juga kepada YB dengan bantu YB ini amat bermakna bagi kami .....

Ayah Aji Md Shah My Brother TQ  dengan ikan bakar abang yang sedap...


oh ye kepada tuan Razlan Zahidi port Klang  saya rasa perlu berjumpa  tuan  untuk satukan  cerita daeng ini. Bahagian tuan terang lagi bersuluh dan moga kami dapat satukan  ceraian rumpun kami dengan tuan...


setakat ini yang saya kongsikan kepada semua. terima kasih dengan sokongan dan kunjungan semua untuk blog ini..... salam ukwah daeng daripada saya

ASSALAMMUALAIKUM WRT............

Sunday, November 3, 2013

kubur Tok langgar

Dalam kerja membersihkan kubur Tok Langgar, saya memperolehi khabar berita gembira dimana makam Tok Langgar.Setelah penceritaan kubur siapa,maka datang abang Jis tukang masak kampung.

Yang menarik beliau merupakan anak angkat arwah nek timah keluarga pok long Ibab.siapa pok long ibab?beliau merupakan pemilik tanah kubur tok langgar.

Panggil jer bang Ajis semua kenal.pedoman kubur tok langgar ialah ditengah-tengah  perkuburan yang ada dan selari dengan pokok jering tua.



Penerangan beliau kepada semua.walaupun Pak Don mempunyai cerita lain sebagai penjaga kawasan tersebut.

Cuma bila di lihat batu nisan baru berusia 40 an yang dulu nisan menggunakan kayu.

Semoga ianya terus menemui jawapannya

Saturday, November 2, 2013

Gotong royong kubur Tok langgar,serkam Melaka

Alhamdulillah, dapat juga laksanakan gotong goyong kubur  Tok langgar.terima kasih dak wan, Pak Don ,dak mir,acoi, pak jamil , che mat dan semua.kerja kerja pembersihan dapat dijalankan dengan jayanya.



Sunday, August 18, 2013

Coretan Daeng Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalammualaikum Dan salam UKWAH  buat semua

Hari ini dah hampir separuh bulan syawal. syukur dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik untuk kita. semoga kita dijadikan hambaNYA yang diredhaiNYA.Amin

Dikesempatan suasana hari raya aidiftri ini, saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. maagf segala kesalahan dan dosa saya kepada tuan puan selama ini.

Tiada  bahan yang menarik buat seketika ini dengan kekangan kerja dan suasana raya  yang sibuk. ada sedikit ruang ini saya dimaklumkan kedatangan kurator daripada muzium melaka sedang mencari sejarah Tok langgar dan dimaklumkan beliau sudah mengambil nombor telefon saya. malang tiada sebarang panggilan daripada beliau. Tak pe bagi saya dengan ada orang yang layak sebegini dapatkan saya menumpang pencarian sejarah bugis Tok Langgar dengan kaitan nama Daeng Marewah dan Bugis Anak Serkam Melaka. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan

Selingan ini juga saya ingin mengucapkan selamat bermesyuarat kepada penduduk kampung serkam Darat pada 24hb  malam nanti.Carilah kata sepakat demi masa depan semua. Adakah perpecahan ini sudah menjadi tradisi anak bugis serkam darat. sebut jer nama agak panas dengan perpecahan dan kurang kemajuan katanya. YA ALLAH satukan hati kami dengan ukwah sesaudara dan sekampung semua ianya dipermudahkan.Kenapa tidak menjadi ianya sebagai satu keluarga. Teringat cara Arwah ayah.Cara bukanlah langgau tetapi menasihati. Bagi saya biarlah kita jadi hebat sehebat Hang Jebat bila membicarakan perjuangan dan setia kawan dan jadilah Hang Tuah bila kila memimpin dan menguruskan perjuangan. Kejatuhan sejarah kehebatan pahlawan Melaka boleh dijadikan iktibar.Masanya akan sampai bersabar dengan dengan sabar orang beriman amin.... roda sentiasa berputar dan ALLAH yang menentukan .......
sebutjer serkam darat mesti ada pertandingan.Macam tak belajau dengan sejarah. kekadang tak nak fikir bila nak disoal di akhirat nanti.. pesanan untuk diri dan semua.


MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS

bak kata arwah ayah ciannnnnn....... moga ALLAH merahmatinya... sayang ayah.

Satu lagi masa penubuhan Belia 4B kampung. bila sebutnya nama kampung konfirm negeri tak proses. mujurkan Kekanda Nizam , Zuri dan YB kita membantu..lulus juga. Mohon maaf kepada semua jawatankuasa saya cuba membantu.. agak sibuk sedikit semenjak dua menjak nie.....

Kepada semua jika sudi jemputlah datang kerumah. Rumah sentiasa terbuka tuk tuan puan . cuma mohon maklumkan dahulu. maklumlah setiap hujung minggu ni banyak urusan. kawin adik ipar anak buah menghantar jadi orang sebelah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... amin dan terima kasih ALLAH dengan keizinanNYA dan dipermudahkanNYA..

tuan tuan boleh add saya di facebook Pak Cat atau leeq79@yahoo.com. nanti saya sendkan no tel....

SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI kepada semua.