Menurut cerita orang lama kampung ku di buka oleh Tok langgar yang dikatakan membawa diri daripada adik beradik dan membuka kampung yang diberi nama serkam. Tanah perkuburan nye masih berada di kampung ini.dan ada sumber menyatakan beliau tidak berminat dengan hal hal dunia dan jika ada sultan atau kerabat yang mencari katakan tidak kenal atau dia beliau di sini.
Menurut lisan mak tercinta tahun 70an ada bangsawan Raja Johor datang berkuda untuk mencari waris Tok Langgar di kampung ini dan daripada maklumat lain pula, pemegang daulat sultan ada juga ke sini bagi melengkapkan daulat raja.
Bagi rumpun Daeng Marewah di Serkam Darat ini , Abang sulong, Amir ada mengadap orang lama seperti Datuk Ibab, Datuk Talib , bekas pengarah negeri melaka. Akhirnya kesimpulannya, carta keluarga dan salahsilahnya dapat dilengkapkan .
Terdapat beberapa usaha yang dibuat oleh anak serkam bagi menyusun balik teromba/salahsilah ini antaranya majlis makan anak-anak serkam dan pertandingan goft anak anak serkam.