Sunday, March 12, 2017

PEMBETULAN NAMA BLOG..OPU DAENG MAREWA......

PEMBETULAN NAMA BLOG..OPU DAENG MAREWA......


AGA GAREBA
Salam ukwah 
Salam Ugik


Tuan Raja Syukri menegur kami  berhubung nama daeng marewah yang biasa kami gunakan dalam perbualan dan penghayatan kami di kampung Serkam Darat.

OPU = Raja
Daeng = adalah gelaran  bagis orang bugis


saya memohon maaf dan pemahaman yang cetek. Kami akan mula  menggunakan Opu Daeng Marewa bagi setiap perbuatan yang berkaitan dengan  namanya.

Alhamdulillah banyak penjelasan yang diperolehi daripada  mesyuarat bil. 1/2017 Persatuan Melayu Bugis Serumpun baru baru ini. terima kasih Ya ALLAH kerana semakin hari semakin  mendapat jawapannya.

Beberapa  fakta tentang bugis dalam pertemuan tersebut.
1. Orang bugis pantang menderhaka
2.Perkara yang baik disebut dan perkara yang buruk disimpan
3. Bugis lebih menghalusi budaya melayu terutama di pulau Penyegat
4.Talian sedara bugis mudah mengenaku raut wajah sedara  bugis lain.


setakat ini  sahaja coretan

Monday, January 2, 2017

MEYUSUN SALAHSILAH KELUARGA &PERTEMUAN PAK JAAFAR KELANA




Salam Ugik...
Salam Ukwah
Salam kekeluargaan



MEYUSUN SALAHSILAH KELUARGA / TEROMBA KAMPUNG
2/1/2017(Isnin)
(6 Petang) 

Alhamdulillah dapat duduk berborak cerita dengan Pak Don antara orang lama kampung.Walaupun ringkas dan singkat banyak yang dikongsi bersama. .

Bercerita mengenai sejarah kampung. Pak Don/ Pak Ngah telah duduk  mendapatkan maklumat daripada Pok de Ibab/YBhg Datuk Ibab selama 13 tahun, banyak perkongsian cerita datuk nenek dahulu diperolehi.

Pokde Ibab lebih mengenali Tok Langgar berdasarkan cerita yang dekat dengan beliau. Tok Majid  anak beliau Tok Abu husin merupakan jalur keluarga yang dekat dengan  Tok Shaban.

Tok Langgar

Tok Shaban
Suri

Majid

Abu Husin

Ibab


Tok Majid  banyak meceritakan Tok Langgar Tok Shaban dan yang lain kepada  Ayahnya Abu Husin
Tok Majid pula satu satunya mempunyai kereta dizaman beliau hidup di kampung. dan beberapa cerita dikongsi antaranya menyorokkan kereta dizaman jepun dan keretanya dihidupkan dengan pemutar.

Pokde Ibab boleh mengaitkan seluruh kampung dengan jalinan keluarga. cucu siapa cicit siapa  belah mana dan sebagainya.

Akhir pertemuan Pak Adon memberitahu kisah kampung sejarahnya banyak pada Pokde Ibab berbeza dengan teromba yang dibuat oleh Cikgu Mat yang diwasiatkan kepada anaknya.CIkgu Mat menyalin dan membuat teromba kampung  Berbeza dengan sejarah kampung yang diceritakan oleh Orang Tua Majid kepada ayah dan Pok de Ibab sendiri.

Teromba yang dibuat  oleh Cikgu Mat Dagu tidak disebarkan kepada waris kampung dan maklumat tersebut tidak pastikan ceritanya. Andaian saya.Mungkin cikgu ada asasnya. tak pasti kenapa.Arwah Abang Yassin  berpesan supaya kita rapatkan yang dibawah dan jangan difikirkan jurai yang diatas.
ada logiknya kenapa.
1. nasabnya betul tepat dan jika silap pembuat teromba yang menanggungnya
2. usia teromba tidak terlalu jauh dengan zaman sekarang. Dibuat sendiri oleh Cikgu Mat Dagu
3. Sejarah Pokde Ibab dengan dengan sejarah kampung yang diwarisi olehnya dan ayahnya.



PERTEMUAN PAK JAAFAR KELANA Sungai Rambai.
1/1/2017(Ahad)
11 pagi

Pertemuan Ukwah dan silaturahim  yang akrab. Alhamdulillah Kami disambut mesra daripada Pak Jaafar dengan kediaman beliau. demi keluarga beliau menangguhkan ke majlis kahwin .terima kasih Pak Jaafar.

Pusingan pertama Pak Jaafar  menceritakan asal usul keturunan bugis yang wujud di melaka /Johor
dan berkait dengan Tok Langgar.

Kesimpulan perjumpaan Abang Amir, saya dan wan akan  menyusun semula  periodi zaman generasi supaya ianya benar dan menyakinkan.

Insha ALLAH pertemuan seterusnya dengan Cikgu Tahir dan Pak Jaafar |Kelana..

moga ALLAH permudahkan..