Tuesday, February 25, 2014

PERTEMUAN PEGAWAI DAERAH, DATUK YB KAWASAN,DATUK PENGHULU SERKAM WARIS DAENG TOK LANGGAR DAN PEGAWAI PERZIM MELAKA(MUZIUM NEGERI)

SALAM DAENG BUAT SEMUA.

PERTEMUAN PEGAWAI DAERAH, DATUK YB KAWASAN,DATUK PENGHULU SERKAM WARIS DAENG TOK LANGGAR DAN PEGAWAI  PERZIM MELAKA(MUZIUM NEGERI)

Saya wakil kepada  cucu cicit  Tok Langgar mengucapkan terima kasih kepada YB KAWASAN SERKAM yang banyak membantu kepada permulaan pencarian DAENG di serkam darat /serkam .

Selama ini banyak cerita dan maklumat  tidak direkodkan sehinggalah beberapa usaha penggerak seperti Pok long Ibak, Arwah Bang Yassin (anak Mat Dagu) Cikgu Tahir, Dr Jasmi , Pak Talib, dan beberapa nama  lain merekodkan secara bertulis jurai salahsilah keturunan.

selangkah lagi  kita menuju kepada MENGANGKAT usul cerita Tok Langgar ini dan sejarah penempatan kampung yang kami sayangi ini.


Hasil Pertemuan dengan Pegawai DO, YB dan Pegawai Muzium Melaka ini antaranya

1. Mengangkat sejarah Tempatan Serkam sebagai salah satu lagi kawasan perlancongan yang boleh diketengahkan

2. Pihak Muzium memerlukan kertas kertas sejarah penempatan serkam yang mempunyai sejarah dan fakta yang boleh diketengahkan .Ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan

3. Mengangkat sejarah Tokoh dengan cerita dan maklumat salahsilah keluarga yang boleh dikaji oleh pihak Muzium.

 Agak menarik dan saya memerlukan beberapa saudara yang ada kelapangan untuk membantu menjayakan usaha ini dilaksanakan dengan kadar segera.

Kearah mengumpulkan semua orang tua keluarga dan yang memegang salahsilah Tok Langgar mempunyai peluang yang cukup cerah. Kita berdoa semoga ianya dipercepatkan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Selain dapat juga menubuhkan persatuan daeng serkam melaka  boleh dilakukan .

terima kasih En syukri Perzim dan moga ini bukan pertemuan akhir dan kami akan terus memberi maklumat dan membantu tuan dan kami mengenali sejarah asal usul kami.

Terima kasih juga kepada YB dengan bantu YB ini amat bermakna bagi kami .....

Ayah Aji Md Shah My Brother TQ  dengan ikan bakar abang yang sedap...


oh ye kepada tuan Razlan Zahidi port Klang  saya rasa perlu berjumpa  tuan  untuk satukan  cerita daeng ini. Bahagian tuan terang lagi bersuluh dan moga kami dapat satukan  ceraian rumpun kami dengan tuan...


setakat ini yang saya kongsikan kepada semua. terima kasih dengan sokongan dan kunjungan semua untuk blog ini..... salam ukwah daeng daripada saya

ASSALAMMUALAIKUM WRT............