Tuesday, December 27, 2016

UGIK bertaut kembali. Alhamdulillah Waris Bugis berkumpul dalam pertemuan Mesyuarat Agung Bugis Serumpun Pertama

Salam Ukwah
Salam Ugik





Lama blog ini menyepi. Alhamdulillah banyak perkara -perkara baik berlaku dalam sepanjang tahun 2016

1. waris bugis bertaut dengan Persatuan Melayu Bugis Serumpun. Waris bugis daripada pelbagai jurai berkumpul dapat  beberapa pertemuan sehingga tertubuh persatuan ini.Dokongan dan sokongan daripada YB Datuk Hassan Rahman, Pok Long Rahman Adam, Pak Kelana Jaafar dan Dr Jasmi maka zahir pertubuhan di bentuk secara sah.






Jurai daripada Tok Kepau, Tok Langgar,Tok Kesang, Penghulu Marshah,Tok Bahir, keluarga daripada persatuan Bugis Johor, keluarga daripada Singapore, keluarga Bugis daripada selangor dan beberapa jurai keluarga yang dapat hadir.

langkah pertama kesatuan warisan bugis dalam merapatkan ukwah kekeluargaan yang akrab.Mudah-mudahkan ianya akan terus berkembang

2. penemuan waris keluarga lubok cenderah yang terputus. Alhamdulillah keluarga lubok azree dan pak sedara zam dan yang lain sudah dapat dihubungi. Sekarang dalam mengatur pertemuan demi pertemuan bagi merapatkan keluarga asalnya daripada kampung serkam darat tercinta

3. Merangka penzahiran salahsilah keluarga serkam darat supaya ianya tidak putus di telan zaman. orang tua kampung semakin berkurang dan Abang Amir mencadangkan pertemuan dan tahlil akan dibuat pada hari raya tahun hadapan 2017. pembentukkan jawatankuasa telah dibuat dan semoga ini menjadi kenyataan.

salahsilah bahagian permulaan saya berpaut pada Dr Jasmi yang dapat menyambungkan data dan maklumat daripada kepulauan riau. dan kini dalam penyusunan data di bahagian bawah bagi melengkapkan salahsilah keluarga serkam darat dan mengangkat Datuk Langgar sebagai pembuka kampung.. Sejarahnya akan terus dizahirkan dan usaha akan diteruskan.

Tuesday, July 19, 2016

Persatuan Melayu Bugis Serumpun dan Cerita tok Langgar

Salam Ukwah UGIK saudara sekalian.
Alhamdulillah  latu langkah lagi pencarian asal usulku temui.
Alhamdulillah  juga tertubuh group whatapps  daeng yang menggabungkan jurai bugis daeng di sekitar melaka dan malaysia. 

Alhamdulillah juga dengan keizinanNYA dapat sokongan padu daripada YB Datuk Zaidi ADUN SERKAM, YB DATUK HASAN RAHMAN dan beberapa YB dan YBhg Datuk dalam pembentukan pasukan gerak kerja persatuan( bak kata Tok Penghulu Azmi)

Pendaftaran persatuan telah diluluskan  oleh ROS dan kini persatuan boleh bergerak aktif bagi  merapatkan ukwah sesama waris bugis dengan  aktiviti dan program yang akan diadakan nanti.

Bagi pencarian SERKAM DARAT  saudara sekalian kini boleh melihat dimanakan cerita salahsilah keluarga dengan lebih jelas. doakan pasukan gerak kerja TOK LANGGAR Serkam darat berjaya dalam mengadakan penceritaan semula Tok Langgar dan kampung serkam darat.

Lagi menarik cerita tok Shaaban  ditikam, pencarian waris Tok Kamau?+_, waris penghulu manap bukit piatu. semakin luas pencarian terbuka.. Doakan kekuatan ini untuk menyelesaikan misi pencarian. 

perjumpaan YBhg Datuk Ibab@Pak Uda Ibab  (Dari Belah ibu) /abang ibab(dari Belah Ayah) dan Pak Don menambahkan pemahaman sejarah kampung ini bermula.


Coretan berhenti kerana tugasan lain tiba.. jumpa lagi dan  pertanyaan boleh add fb saya pak cat  atau tinggalkan  pesanan email ke arshad.daeng@gmail.com  atau puyubetuk@gmail.com


Assalammualaikum  


Tuesday, April 26, 2016





















Salam Rejab Dan salam Daeng 2016

Kepada semua saudara daeng kali ini saya terpanggil untuk meneruskan lagi usaha mengangkat sejarah Tok Langgar dan Serkam Darat serta warisan bugis Melaka.

Terima kasih daun keladi  buat Pak Kelana Jaafar Sg Rambai, Iskandar Johor dan Abang Napi diatas sumbangan dan komitmen bagi menggerakkan sejarah Bugis. semakin hari semakin bagi maklumat baru ditemui. Indah sungguh pencarian sejarah keturunan saya ini.

usaha dokumentasikan sejarah lisan  ini harus dibuat kerana orang lama  yang mengetahui sejarah Datuk Langgar seperti Datuk Ibab, Cikgu Tahir, Pak Ngah /Datuk Talib  semakin merisaukan saya. Saya mohon semua saudara yang singgah di Blog ini mendoakan semoga coretan sejarah bugis ini dalam dilakukan dan mohon ALLAH permudahkannya


Saya berusaha untuk membawa  Dr Zahidi Pengerusi Sejarah Lisan Malaysia untuk membantu menzahirkan sejarah ini.  Semoga ianya akan dapat dilaksanakan. aminnn