Sunday, August 18, 2013

Coretan Daeng Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalammualaikum Dan salam UKWAH  buat semua

Hari ini dah hampir separuh bulan syawal. syukur dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik untuk kita. semoga kita dijadikan hambaNYA yang diredhaiNYA.Amin

Dikesempatan suasana hari raya aidiftri ini, saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. maagf segala kesalahan dan dosa saya kepada tuan puan selama ini.

Tiada  bahan yang menarik buat seketika ini dengan kekangan kerja dan suasana raya  yang sibuk. ada sedikit ruang ini saya dimaklumkan kedatangan kurator daripada muzium melaka sedang mencari sejarah Tok langgar dan dimaklumkan beliau sudah mengambil nombor telefon saya. malang tiada sebarang panggilan daripada beliau. Tak pe bagi saya dengan ada orang yang layak sebegini dapatkan saya menumpang pencarian sejarah bugis Tok Langgar dengan kaitan nama Daeng Marewah dan Bugis Anak Serkam Melaka. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan

Selingan ini juga saya ingin mengucapkan selamat bermesyuarat kepada penduduk kampung serkam Darat pada 24hb  malam nanti.Carilah kata sepakat demi masa depan semua. Adakah perpecahan ini sudah menjadi tradisi anak bugis serkam darat. sebut jer nama agak panas dengan perpecahan dan kurang kemajuan katanya. YA ALLAH satukan hati kami dengan ukwah sesaudara dan sekampung semua ianya dipermudahkan.Kenapa tidak menjadi ianya sebagai satu keluarga. Teringat cara Arwah ayah.Cara bukanlah langgau tetapi menasihati. Bagi saya biarlah kita jadi hebat sehebat Hang Jebat bila membicarakan perjuangan dan setia kawan dan jadilah Hang Tuah bila kila memimpin dan menguruskan perjuangan. Kejatuhan sejarah kehebatan pahlawan Melaka boleh dijadikan iktibar.Masanya akan sampai bersabar dengan dengan sabar orang beriman amin.... roda sentiasa berputar dan ALLAH yang menentukan .......
sebutjer serkam darat mesti ada pertandingan.Macam tak belajau dengan sejarah. kekadang tak nak fikir bila nak disoal di akhirat nanti.. pesanan untuk diri dan semua.


MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS

bak kata arwah ayah ciannnnnn....... moga ALLAH merahmatinya... sayang ayah.

Satu lagi masa penubuhan Belia 4B kampung. bila sebutnya nama kampung konfirm negeri tak proses. mujurkan Kekanda Nizam , Zuri dan YB kita membantu..lulus juga. Mohon maaf kepada semua jawatankuasa saya cuba membantu.. agak sibuk sedikit semenjak dua menjak nie.....

Kepada semua jika sudi jemputlah datang kerumah. Rumah sentiasa terbuka tuk tuan puan . cuma mohon maklumkan dahulu. maklumlah setiap hujung minggu ni banyak urusan. kawin adik ipar anak buah menghantar jadi orang sebelah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... amin dan terima kasih ALLAH dengan keizinanNYA dan dipermudahkanNYA..

tuan tuan boleh add saya di facebook Pak Cat atau leeq79@yahoo.com. nanti saya sendkan no tel....

SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI kepada semua.