Friday, July 1, 2011

Coretan Daeng 2 julai 2011

Assalammualaikum wrt.

salam ukwah , salam daeng dan silaturrahim pada semua. kali nie saya  nak coretkan beberapa perkara yang agak menarik minat semua. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dengan perkongsian maklumat.

1. Hubungan  5 daeng dengan negeri sembilan dan
2. hubungan daeng marewah dengan kerajaan negeri sembilan.

berpandukan cerita  yang diberi  5 daeng ini ke johor dan menyerang kerajaan  pada  hari yang sama raja  Malewar naik tahta kerajaan negeri sembilan.kenapa hari yang sama. mengikut ceritanya lagi kerana  negeri sembilan dahulunya dibawah tahta kerajaan johor dan dengan ini maka  ia dapat  tubuh sebuah negeri sendiri. 
linggi  dijadikan  laluan orang-orang bugis untuk  laluan ke johor.menarik juga.

2. Hubungan daeng marewah dengan  raja malewar juga dikata mempunyai talian darah dan keluarga daeng  ini mempunyai keluarga daripada minang . saya rasa ada berkaitan dengan susur galur yang dicop bekas mufti negeri sembilan. ada menceritakan tentang raja melawar sama dengan daeng marewah. ismi hati ini rasa adalah 2 raja yang berbeza. tetapi persoalannya apa kaitan daeng marewah dengan bangkahulu dan raja malewar? persoalan juga.apa kaitan kawasan riau  dengan daeng ini. ? persoalan lagi mungkinkah perjanjian awal antara mereka sebelum menyerang johor?teruskan pencarian

Yang pasti  susur galur daeng marewah masih pudar berbanding 4 daeng yang lain.  di manakah ia patut bermula?

sehari 2 nie  saya dapat lagi maklumat dengan perkenalan rakan facebook berpandukan blog pencarian  mereka merungkai sejarah asal keluarga.semoga saya bersemangat untuk teruskan perjuangan ini. 

perlu ke muzium bugis, mendapatkan buku tulisan raja haji dan pergi berjumpa penyimpanan teromba daeng marewah ini. moga Allah permudahkan lagi urusan. amin