Thursday, November 29, 2012




Asslammualaikum wrt. coretan anak cucu daeng coret buat julang kalinya.
Hari terpanggil dengan komen dan kupasan tuan tuan saudara yang di Blog ni.Kekadang kenapa rahsia dan kaburnya salahsilah  ada disebabkan banyak faktor.

Saudara yang diluar mungkin persoalkan kenapa dan salah dan sebagainya. Kami yang tinggal dan membesar di kampung Serkam Darat ini dari kecil di curahkan maklumat sebegini dengan beberapa alasan  pesanan ayah atuk kami. Sebabnya sudah terjawap dengan rungkaian pencarian saya setakat ini.

Akhirnya kami anak cucu agak risau kerana  kehilangan demi manklumat lama dan saya akan meneruskan pencari sehingga siapnya teromba daeng kami ini. Moga usaha ini akan berjaya.

sekali lagi saya memerlukan pertolongan yang muda muda membantu saya sebagai pengerak pencarian ini. Alhamdulillah bak kata sedara kita carta ni sebenar sudah mempunyai  rangkanya yang jelas. cuma pecahan sahaja memerlukan data lagi...

InsyaALLAH . kita jumpa  lain masa..... assalammualaikum wrt.....

Sunday, April 8, 2012

Jemputan bagi Penubuhan jawatankuasa (KOMITI) Keluarga Tok Langgar.

ASSALAMMUALAIKUM WRT. Adalah dengan ini saya menjemput tuan tuan sedara bugis belah tok langgar di mana pelusuk satu perjumpaan komiti keluarga Tok langgar adalah seperti ketetapan berikut.

Masa :10.30 pagi
Tarikh : 1 Mei 2012(Hari Buruh)
Tempat : Balairaya Serkam Darat , Merlimau Melaka.

Ramai telah memberi maklumbalas untuk hadir.
No tel saya: 0123816702.

Tuesday, March 20, 2012

DATA Keluarga Daeng. Panduan kepada semua yang nak update keluarga


sorry besau sangat.tapi puas tengok carta nie.



Kepada anak serkam darat yang ingin pecahkan lagi jurai keluarga boleh pegi ke www. geni.com
just  follow/ikut arahan kat bawah jer.

1.log in pakai facebook akaun.
2. taip yasak kat search
3.cari keluarga anda dalam carta tu. sama macam carta yang saya tunjukkan dalam blog  nie.
4.Ramai keluarga dah update kat sana.
5. Nak Tengok Salahsilahnya sila  klik kat "tree"






6. Nak Tambah keluarga tuan kat situ  tekan tambah kat anak panah kuning 


kalau tak tahu emailkan maklumat pada saya nanti saya bantu.

puyubetuk@gmail.com
salam ukwah semua daeng.

Sunday, March 18, 2012

Nama Tok Langgar. Adakah Tok Langgar yang buka serkam

Saya copy paste daripada website  karimon.wordpress.com/.../batu-nisan-daeng-celak




Alhamdulilah, kalau ada hubungan Nasab dengan Datuk tu, kena lah rajin rajin mencari Nasab nya….Sebenar nya banyak dari mereka mengguna kan nama samaran…tu lah lah yang bagai nak rakk,nak mencarinya.Sebagai contoh…Tok Langgar,Tok Pulau,Tok Bulang di Merlimau…adalah keturunan Daeng Celak….Tok Langgar,nama sebenar nya ialah Raja Mohamad Said bin Raja Ali Haji bin Raja Ahmad bin Al Syahid Raja Haji bin Daeng Celak/Pali bin Upu Tandari Borang Daeng Rilaka bin Upu Daeng Lamdu Salat….Semasa hari raya ada keturunan Tok Langgar datang kerumah saya,dan beritahu nama sebenar Tok Langgar.Saya kata jika nama sebenar Tok Langgar ialah Raja Mohamad Said bin Raja Ali Haji…..no problem…saya memang dah buat dan ada nasab mereka,jadi sambung jer….kerana kalau bagitu..Tok Langgar juga adalah Datuk saya….

saya bercadang nak ziarah pak syeikh . isyaallah..

Nama Tok Langgar. Adakah Tok Langgar yang buka serkam

Saya copy paste daripada website  karimon.wordpress.com/.../batu-nisan-daeng-celak




Alhamdulilah, kalau ada hubungan Nasab dengan Datuk tu, kena lah rajin rajin mencari Nasab nya….Sebenar nya banyak dari mereka mengguna kan nama samaran…tu lah lah yang bagai nak rakk,nak mencarinya.Sebagai contoh…Tok Langgar,Tok Pulau,Tok Bulang di Merlimau…adalah keturunan Daeng Celak….Tok Langgar,nama sebenar nya ialah Raja Mohamad Said bin Raja Ali Haji bin Raja Ahmad bin Al Syahid Raja Haji bin Daeng Celak/Pali bin Upu Tandari Borang Daeng Rilaka bin Upu Daeng Lamdu Salat….Semasa hari raya ada keturunan Tok Langgar datang kerumah saya,dan beritahu nama sebenar Tok Langgar.Saya kata jika nama sebenar Tok Langgar ialah Raja Mohamad Said bin Raja Ali Haji…..no problem…saya memang dah buat dan ada nasab mereka,jadi sambung jer….kerana kalau bagitu..Tok Langgar juga adalah Datuk saya….

saya bercadang nak ziarah pak syeikh . isyaallah..

coretan daeng TERBARU. 19 MAC 2012

Bismillah pembuka bicara.
Alhamdulillah Syukur padaNYA. 

Coretan kali ini semakin menarik dengan perjumpaan dengan keluarga Hj Ahmad , Abang Yassin sekeluarga. terima kasih dengan penerimaan  kedatangan kami yang tidak  sebarapa.  Banyak kupasan dan maklumat saya dan Wan perolehi hasil perjumpaan keluarga saya ini.

Kelakar dan malu ala kerana saya yang muda ini, baru mengenali saudara dan keluarga kami Keluarga Mat Dagu. Pencarian abang saya razif dan Abang Amir sekali lagi dapat sambung semula. Penjelasan demi penjelasan akhirnya Keluarga Abang Yassin dan Cikgu Tahir adalah orang kuat serkam darat.Ada  hikmahnya dan baiknya saya balik ke Melaka dan bekerja di sini.

Hasil perjumpaan dengan Abang Yassin saya kupaskan dalam beberapa isi.
INTIPATI dalam perjumpaan  dengan Beliau.
* mengwujudkan satu komiti keluarga.
*program keluarga HJ Syaaban @ Hj Suri
* melihat jurai keluarga kami.
*Kena berjumpa orang lama dengan segera.
*Pesanan Abang Yassin
*Semakin Faham akan jurai keturunan kami.Kenapa? jawapannya semakin nampak.


Banyak cerita. Cuma usaha ini akan menjadikan pembakar  semangat kami bagi berjumpa dengan saudara kami yang lain. Bak kata beliau, mencari saudara ini  adalah perkara sunnah. perkara ini yang tidak diamalkan lagi  kita   di zaman sekarang . mungkin masa dan teknologi mengalpakan kita dengan persaudaran.Ia sedikit sebanyak menghalang kita dalam usaha mengenali saudara kita.akhirnya kita tidak kenal saudara sendiri. Syukur pada ILAHI dengan perjumpaan dengan beliau. BUDAYA ZAMAN DAHULU dalam ERATKAN PERSAUDARAAN. AYAH dalam satu keluarga akan membawa anak anak berjumpa saudara  lain bila kelapangan dan   aktivii kahwin sedara  merupakan cara keluarga merapatkan hubungan kekeluargaan .perkara ini sudah tidak berlaku lagi. Zaman berubah  dan semakin lama semakin kami yang muda tidak mengenali  saudara kami sendiri.

Isu Orang lama  atau ORANG TUA . Saya memandang jika tiada orang yang menyalin hubungan persaudaraan saudara(maksud saya yang muda) maka kami yang muda akan kehilangan talian dengan saudara kami yang lain dengan ketiadaan  orang lama ini. Harapan saya , semoga majlis perjumpaan keluarga ini akan menjadi kenyataan. amin.Sebelah saya cuma tinggal Busu Sidek dan belah Abang Yassin mungkin ramai dan yang lain lain kurang pasti.

Selepas ini saya akan bercadang akan  menziarah Cikgu Tahir dan Pak Syeikh Pulau Besar dan waris linggi.Isyaallah Juga atas cadangan Abang Yassin , MENUBUHKAN SATU KOMITI KELUARGA dan cuba arrangekan PROGRAM PERJUMPAAN JALINAN KASIH KELUARGA HJ SURI@TOK SYAABAN SERKAM MELAKA.  Saya menjemput Saudara Kuat belah keluarga seperti Saudara Asrol dan waris linggi wan  hanafi untuk kita duduk berjumpa. Rasanya jika tidak ke rumah ini, rasanya tidaklah saya  dapat mengenali satu lagi keluarga kuat di Serkam Darat walaupun sudah berumur 34 tahun. saudara asrol contohnya masih tidak mengenali saya dan keluarga.


Apabila abang Yassin pasal ada 4 jenis kawan saya teringat pesan mak saya juga. inti maksudnya sama. Isyaallah saya akan terus semat di sanabari saya.Pendekar senja, Melayu art yang disebut saya ada menyusuri perjalanan tersebut dan yang menulis adalah berasal dari Kedah.Merah Silu.Saya akan teruskan perjalanan pencarian dan jejak kasih.. 


hati semakin sayu , 
hati semakin rindu,
hati semakin terang, 

Ya ALLAH, 
Aku mencari asal usulku,
Aku mencari saudara ku,
Aku mencari keluarga

Menghilang...
berdiam....
Mengerti...

Atuk....
perjuangan mu
ketabahan mu
keagungan mu.
kejayaan mu
cerita mu

cucu mencari kepastian
cucu mencari kasih yang hilang
cucu mencari pedoman
 risau putus perhubungan
jauh perjalanan
jauh cabaran

Melayu dait biduanda  lingga
Seribu cerita jalannya. 
janganlah lama hilangkan alurnya
putik bunga baru nak berbuah
putih kasih mencari kasih
sambut putik nak ranum buah.
moga pokok satu rumpun akarnya..

amin  YA ILAHI...


Petang sebelum pulang saya duduk berbual dengan Pak Don kampung. terima kasih  dengan amanat dan pesanan beliau. Baru saya kenal Mak Yah (Mak Dak Wan)adik Pak Don yang bungsu.

*intipati.
orang zaman dulu kalu dok berbincang akan buatkan  jawapan,zaman sekarang bincang akhirnya kosong. renungan dan ingatan buat saya.  terima kasih dan MOGA KAMPUNGKU SAYANG AKAN NAIK SEMULA. amin amin Ya ALLAH




Friday, March 9, 2012

Coretan Daeng. 10 March 2012

Assalammualaikum  dan terima kasih kepada semua pelawat blog.

Kepada saudara daeng yang diluar sana saya memohon jika terdapat kekurangan dan penambahbaikan blog bolehkan email kepada saya di puyubetuk@gmail.com.

daripada pengalaman abang razif dan abang mir menjejak maklumat keluarga daeng, menyatakan mereka pernah ke Felda Taib Andak. Disana dikatakan ada orang lama bugis disana yang mengetahui sejarah  daeng marewah dan tok langgar. Dukacita masa pemergian berjumpa beliau uzur dan tidak sihat.

Tambahan komen bang Razif semasa berjumpa dengan Arwah anak Mat dagu teromba yang disimpan tidak akan dikeluarkan jika tiada majlis rasmi. usaha menjejak dokumen salahsilah yang detail akan saya dan bang razif lawati dahulu sebelum menjemput saudara asrol dan yang lain.


Saya cuba uploadkan kubur tok langgar kepada semua bagi rujukan anda. mengikut abang razif orang lama biasa  dengan nama gelaran.  Tok Langgar ini adakah nama atuk kami seorang yang gunakan atau adakah lagi yang menggunakannya.

bagi saudara waris linggi saya berharap sangat dapat sangat salahsilah yang mempunyai chop mufti negeri sembilan. jika dapat respond dengan maklumat ini. menurut abang razif salahsilah tersebut jelas ada menyatakan salahsilah Tok Langgar.

Jika saudara daeng yang lain ada memiliki maklumat bolehlah berkongsi dengan kami disini. IsyaALLAH gabungan maklumat ini sedikit sebanyak dapat menyatukan kita semua.ISYAALLAH. aminnn...

Tambahan lagi menurut Arwah ayah saya SIDANG YASAK, Orang kampung panggil Tok Janggut, atau ada sesetengah panggil sidang yasak "sian" sebab bila jumpa kawan dia, pasti perkataan kesian tau sian diucapkan.Kampung bugis SERKAM DARAT ini dikatakan tempat ujian penamat ilmu bagi pengamal ilmu kebatinan dahulunya. sebab ramai antara pengamal ilmu ingin menguji tahap ilmu kebatinan mereka ditahap mana.Tambahan banyak cerita pelik pelikd dengan kehebatan orang lama kampung ini.Selain daripada itu juga ,tidak sunyi dengan kedatangan banyak serangan orang minyak, pukau, dan sebagainya.

Cerita Tok Kamat Putih yang rumahnya dihujani dengan duit siling, makam Tok Biah, Harimau Putih, Kuda Putih Buaya Putih dan banyak lagi  menjadikan kampung SERKAM DARAT  menjadikan kampung ini unik dan menarik.

Friday, February 24, 2012

Kedatangan Sultan Ibrahim di Serkam Darat, Merlimau Melaka

Assalammualaikum dan apa kabau semua saudara daeng dan pelawat blog. 

Menarik juga fakta yang saya perolehi sebelum ini. Terima kasih asrol mengenai tarikh kemangkatan Tuanku. kalu bukan  sekitar 60an peristiwa ini berlaku,ia berlangsung hujung tahun 50an.. kenapa Tuanku hadir ke Kampung Serkam saya kurang pasti. yang pasti ada kaitan dengan kubur tersebut dan makam Tok langgar. Baginda mungkin mencari saudara dan anak cucu kekanda beliau daripada daeng marewah. berkemungkinan juga Baginda datang untuk ziarah saudara daeng yang datang daripada keluarga daeng Chelak(berdasarkan maklumat saudara Asrol kita).Dan ketika itu nenek ARA  juga ingin menubuhkan persatuan.

Kenapa saya katakan sekitar tahun tersebut, bonda ada meyatakan bahawa umurnya masih darjah 3 atau 4 dan sekarang umur bonda dalam 70an.Dan Arwah Nenek ARA sendiri masih hidup. Saya tiada kesempatan berjumpa dengan beliau dan yang setahu saya nenek menginggal di Makkah.

Ianya menjadi satu lambang sejarah kami disini dengan lawatan Baginda ke serkam darat. yang pasti coretan sejarah ini telah luput ditelan zaman. sejarah bertulis saya belum jumpa tetapi maklumat daripada bonda saya sendiri.Maklumat sebegini yang perlu direkod dan disimpan kerana bukti lisan amat penting kerana ianya tidak direkod. Seperti pemegang teromba atau salahsilah juga penting diwarisi kerana jika tiada pewarisnya maklumat pada salahsilah tersebut akan lenyap dan anak cucu akan terus hilang maklumat berhubung asal usul keluarga.

kenapa saya bersungguh hendak berjumpa dengan  rumah arwah pengarah pendidikan kerana maklumat detail dan mengikut maklumat abang razif saya lagi , arwah selalu travel dan berjumpa dengan ramai keluarga daeng seluruh malaysia.masih belum berkesempatan lagi  jejak kasih ini.

Saya masih nak mencari kesahihan adakah pendapat asrol betul dan pertemuan dengan pemegang teromba seperti Anak mat Dagu, Datuk Ibab, Datuk Talip Md Zin,Arwah Pengarah Pendidikan Melaka(Maklumatnya sangat detail) Pak Syeikh (pulau besau kerana ada maklumat berkenaan Salahsilah daeng berlima).

persoalan kenapa jika teromba @salahsilah mereka ini sahih tidak diwartakan atau disahkan.jika semua pemegang teromba tiada siapakah akan meneruskan menyalin maklumat anak cucu rumpun daeng di Serkam Darat atau amnya di Melaka.

Salahsilah ada sepi ini mempunyai sejuta ceritanya dan  kenapa ia begitu sahaja cuma mereka pemegang teromba mempunyai jawapannya. bagi saya, setidak -tidaknya janganlah kami yang bawah dan muda ini hilang maklumat dan pedoman bagi menyusuri keturunan ayah mak kami.

Pandangan Pak tunggal dalam menghimpunkan keluarga Mat Cantik menjadi panduan saya membina perbentukan rumpun keluarga daeng di Kampung Serkam Darat, melaka ini dan isyaALLAH boleh kita panjang-panjangkan.

Pertemuan waris anak serkam yang lalu telah mengumpulkan orang kuat waris daeng antara Datuk Rahim Nor(bekas Ketua Polis Negara), Datuk Talip Md Zin( Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Sarawak) Datuk Ibab(Bekas Orang Kuat TNB) dan sebagainya. Majlis Golf Anak Serkam.pengeraknya abang kelon , bang mir dan saudara yang lain.

Coretan Daeng. 24 februari 2012

Mengikut kata bonda saya, sambil minum petang ceritanya kedatangan Sultan Ibrahim (Raja Johor) berlaku pada usia beliau darjah 3 @ 4.Ia berlaku pada pada sekitar 60an dahulu.kata Bonda lagi ketika lawatan raja di sekitar kubur tidak bernama di nisannya(ada sekitar 5 buah semuanya)l. lokasinya di rumah kak timah balok.Nenek telah sepakat dengan keluarga lain membuat persatuan. mungkin persatuan daeng la .

Kenapa tidak terlaksana saya tidak pasti dan cerita yang saya dengan setakat itu sahaja.Maklumat sebegini akan terus saya perolehi dan kumpulkan dalam blog sehingga semuanya dapat membantu ianya selesai. Dan salahsilah kampung dan teromba kampung akan terus terungkai..... siapakah kami ini.. Menjejak asal usulku

Saya juga akan turut menyeletkan cerita jenaka rakyat kampung yang dipelopori oleh Pok Long Bidin.Pok Long saya ini mempunyai cerita yang kelakar dan tidak terjangkau ceritanya. boleh kata seperti tukang karut kampung. Ceritanya menjadi ingatan kami budak budak muda dikampung. sebut sahaja cerita pok long semua orang tahu.... nanti sambung lagi dan saya bercadang ingin membuat blog khas untuk cerita jenaka ini.

Thursday, February 23, 2012

hubungan saudara daeng di Tedong, Melaka.Coretan daeng

Assalammualaikum wrt.

Hari tergerak nak cerita tentang perkaitan saudara tedong. sebelum ini sememangnya  bonda selalu menceritakan tentang saudara lubok, cenderah yang kuat kaitan sedaranya dengan kami di serkam darat. Arwah Tok Wan Daud dan Nek Wan(Belakang Kemas Serkam Darat) boleh dikatakan selalu dikunjungi sedara di sebelah sana. Tedong cuma kenal Arwah Paklang Sebelah Ayah saya dan memang setiap tahun mereka dan kami akan datang beraya. yang lain agak samar-samar. Rumah mereka di Tedong Baroh dengan dengan bengkel dak Bai @ area situ-situ jugak lak.Dak Madi dan yang lain-lain adik beradik kat sana kira rapat dengan kami.

Bonda pun membuka cerita tentang saudara lain yang ada disana. Bonda kata ada  saudara daeng di sana keluarga Nenek Saeden dan anaknya Nenek Saiyah dan anak cucu beliau.Raya juga boleh kata selalu datang raya kat rumah kami. cuma kurang perasaan yang mana satu.Rumahnya dekat rumah  Timah Hj Abas 

Menurut Bonda lagi, keluarga disana datang daripada jurai kami dan kaitan dengan kami Nenek kami NENEK HAJI  dengan adik beradik Tok Talib.Kena la sama-sama semak balik carta teromba keluarga kat blog. agak  pening sikit ceritanya.

So cuma agak kurang berjumpa dengan saudara disana dan hubungan daeng agak kurang dan jauh.

Begitula ceritanya.lepas ni nak ceritakan lagi pasal Kedatangan Sultan Ibrahim di makam/ kubur tidak bertulis nama di rumah Kak timah Balok dan cadangan penubuhan persatuan daeng dimasa itu oleh Nenek Ara Kami.... menarik  dan tungguuuuuu... 

Friday, February 17, 2012

persoalan bermain di minda-coretan daeng

kenapa semua pemegang teromba meletakkan  kami semua  datang Daeng Marewah. agak pelik bagi saya kerana ia bukan satu mainan dan gurauan. saya perlu lagi mencari kebenaran  yang asrol katakan  dan jawapan bagi semua penduduk kampung Daeng di Serkam Darat ini.  Abng Asrol ada berjumpa denngan anak mat dagu di serkam baroh tak. atau tuan ada memegang sebarang salahsilah daeng. saya nak juga satu. nak cari titik pertemuan kita ini.rasa semakin banyak info dalam usaha pencarian jejak asal kampung dan diri ini. Ya ALLAH permudahkan urusan hambaMU ini. Amin

Menarik..

Monday, February 13, 2012

maklumat Tok langgar.daripada saudara Asrol-Tedong

Opps, kita mungkin bukan keturunan Daeng Marewah sebab maklumat yang baru diketahui adalah seperti berikut:

Nama sebenar Tok Langgar adalah Raja Mohamad Said Bin Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad Bin Al Syahid Raja Haji Bin Daeng Chelak.

Adik beradik Tok Langgar 12 org:
1. Tok kejuak
2. Tok Jambi
3. Tok Kari
4. Tok Alam
5. Tok Akeh
6. Tok Langgar
7. Tok Kamat- macam  tahu
8. Tok Alun
9. Tok Ribut
10.Tok Pulau
11. Tok Dara (Perempuan)
12. Tok Raja Mamat - macam tahu

PERINGATAN KEPADA DIRI DAN SAUDARA DAENG YANG LAIN




Coretan daeng kali ini ingin menegaskan bahawa tujuan pencarian susurgalur ini ada bukan KERANA  tamakkan harta waris Daeng. Saya sendiri ingin memaklumkan bahawa pencarian ini ada bagi mencari waris dan hasnaf keturunan kami yang lengkap. mohon panduan dan bukan perkara HARTA. mohon sekali lagi. bila bertemu dengan saudara-saudara daeng dalam pertemuan perkara ini sering diungkitkan. Ada patut Atuk kami melarang daripada berbangga dengan darah raja ada benarnya. 

Saya dan kami di serkam Darat berhasrat dapat menyelesaikan teromba yang agak kabur di belah atas teromba kami ini. Semestinya kami menyatukan semula saudara Daeng kami yang lain yang telah terputus lama. mohon maaf jika terkasar bahasa pada semua.

Mungkin pihak muzium bugis dan pemegang teromba yang lain dapat membantu kami dalam salahsilah ini.

Adakah Sultan Ufuk Tan Boring ialah Upu Tandari Bureng Daeng Rilak

Datu Ratu Upu Tandari Bureng Daeng Rilak
(Salasilah dari TUHFAT AL-NAFIS oleh Al-Marhum Raja Ali Al-Haji Riau 1932)

1.Upu Daeng Parani1.Upu Daeng Menabon3.Upu Daeng Marewah4.Upu Daeng Chelak5.Upu Daeng Kumasi
Upu Daeng Chelak ibni
Upu Tandari Bureng Daeng Rilak
+ Tengku Mandak
(Yamtuan Kedua Riau)
1.Raja Haji2.Raja Lumu
(Sultan Salehuddin)
Sultan Selangor I
Raja Lumu
Sultan Salehuddin ibni Upu Daeng Chelak
(Sultan Selangor I)
1.Sultan Ibrahim
Sultan Selangor II
2.Raja Nala3.Raja Punuh4.Raja Sharifah

Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin(Sultan Selangor II)
1.Sultan Muhamad2.Raja Ismail3.Raja Ahmad4.Raja Yusof5.Raja Siah
6.Raja Siti7.Raja Aminah8.Raja Fatimah9.Raja Mariam10.Raja Maimunah
11.Raja Khatijah12.Raja Halijah13.Raja Abdullah
(Keturunan Sultan Selangor IV, V, VI dan sekarang)
14.Raja Haji15.Raja Abd Rahman
16.Raja Abbas17.Raja Salleh18.Raja Hussin19.Raja Usoh20.Raja Hamidah
21.Raja Syed

Radin Zainal Abidin (Lebai Kahar) Raja Mariam ibni  Sultan Ibrahim
1.Penghulu Shamsudin2.Hj Samad4.Bilal Omar5.Maduk

Bilal Omar bin Radin Zainal Abidin + ?
1.Zabedah

Maarof  bin Hj Nafiah + Zabedah bt Bilal Omar
1.Hamidah2.Shukor3.Hamid4.Amil5.Kabit
6.Syed7.Muhamad8.Diah9.Jemah

Amil bin Maarof
 + Asmah (Isteri-1)

Amil bin Maarof
 + Zaleha (Isteri-2)
1.Hj Ismail bin Amil2.Hjh Asiah bt Amil1.Md Diah bin Amil2.Md Latif bin Amil
.
Hjh Asiah bt Amil
+ Hj aksan bin Hj Ali
1.Hjh Aminah2.Hjh Hamidah3.Hafsah4.Hashimah5.Hasbiah
6.Umikalsom7.Khairi

Sumber:http://portalbugis.wordpress.com/

berpandukan carta ini dan pendapat asrol saya tergerak untuk mencari kepastian.maklumat  lain yang saya temui.

Cuma saya masih keliru adakah tok Longgar ini berkaitan dengan dengan Raja Haji Ketapang pernu . Kami agak keliru. kerana Raja Haji memang daripada Daeng Chelak daripada  Jurai sultan selangor dan kampung serkam darat pula dibuka oleh Tok langgar dan Makamnya ada disini dan kaitan dengan sultan johor.  terdapat 2 versi daeng di sini.(mohon rujuk kupasan  Haji Yahya)

Amatan saya,  Jika terdapat insan yang berbeza ini ada kemungkinan bantuan peperangan di ketapang pernu dan kerabat Raja Haji amat kemungkinan bantuan diberikan kepada serkam. Sedang mencari. Tidak pulak arwah ayah dan emak saya sekarang selalu menceritakan hal saudara di ketapang pernu melaka dan sejarah raja haji. Agak pelik kerana tidak ada  diceritakan dan digahkan perang di ketapang. mmmm. masih mencari lagi..

Maklumat Haji  Yahya juga ada menceritakan makam Raja Haji dan kami agak jauh dengan cerita Atuk Raja  Raji Haji. kenapa? Jika berkaitan kenapa kami tidak dibanggakan dengan kehebatan Datuk kami sebagai pejuang yang bekorban menentang portugis?

kenapa semua pemegang teromba meletakkan  kami semua  datang Daeng Marewah. agak pelik bagi saya kerana ia bukan satu mainan dan gurauan. saya perlu lagi mencari kebenaran  yang asrol katakan  dan jawapan bagi semua penduduk kampung Daeng di Serkam Darat ini.  Abng Asrol ada berjumpa denngan anak mat dagu di serkam baroh tak. atau tuan ada memegang sebarang salahsilah daeng. saya nak juga satu. nak cari titik pertemuan kita ini.rasa semakin banyak info dalam usaha pencarian jejak asal kampung dan diri ini. Ya ALLAH permudahkan urusan hambaMU ini. Amin

Menarik..


Haji Yahya Bin Hj Slamat berkata


Assalam mu’alaikum,
Saudara-saudara ku yg berketurunan Raja Haji Bin Daing Celak,sekiranya saudara-saudara ada menyimpan atau ingin mencari salasilah Raja Haji Raja Celak, bolehlah berjumpa Tuan Jaffar Bin Haron yg tinggal di Sungai Rambai , Melaka utk rujukan . Beliau ini merupakan keturunan Raja Haji Sahid Teluk ketapang dari jurai (Tengku) Raja Abdul Samad dan merupakan salah serang dari keturunan saya yg menyimpan salasilah lengkap keturunan Raja Haji. Jurai Salasilah saya dari nenek saya yang tertulis dalam salasilah simpanan beliau ialah :
YTM Raja Celak Daing Rilaga – YTM Raja Haji (Sahid Teluk Ketapang)Bin Raja Celak – (Tengku)Raja Ahmad Hitam Bin YTM Raja Haji alias Daeing Ibrahim Tok Sempang (Nama ditukar disebabkan pencarian Belanda keatas anak cucu Raja Haji Raja Celak Daeing Rilaga.Makamnya saya dah dapat cari dan dipastikan berada di Perkuburan Kampung Asam Kumbang(Serkam/Bemban) sudah terkambus disebabkan perkara2 kurafat yg dilakukan oleh mereka2 yg nak cari keuntungan dunia,insyaallah akan saya usaha perbetulkan kedudukan sebenar makam tersebut.) – (Tengku) Daeing Usman Bin (Tengku) Raja Ahmad (Memiliki beberapa isteri dan salah seorangnya keturunannya ramai menetap di Bemban Melaka, kampung halaman nenek saya) – Fakih Said Bin (Tengku)Raja Osman – Hawa Bte Pakih Said (Nenek Saya dari sebelah Ibu, Mariam bte Mustam).
Bagi mereka yg mengenali (Tengku)Daeing Osman Bin (Tengku) Raja Ahmad alia Ibrahim (Ihim) tlg berhubung dengan saya :
(Ustaz) Haji Yahya Bin Haji Slamat(Abu Nabil as-Sangapuri)-Singapura
No hp: +6596228453/0296228453
No rumah :+6564484276






Menarik maklumat daripada Daeng Asrol..Coretan Daeng

Mak sy pernah cakap masa zaman kanak-kanaknya arwah nenek saudaranya yg dipanggil tok enchek pernah bercerita pasal perang rokan. Sy anggarkan ketika itu tahun 1950an. Tok enchek adalah ibu saudara kpd datuk sy. Dan beliau adalah cicit kepada tok langgar sebelah tok puasa. Menurut mak sy, pada masa berlakunya perang rokan, tok enchek masih kanak-kanak. Perang Rokan berlaku pada tahun 1887 dan sy jangkakan usia tok enchek pd masa tu 7 atau 8 tahun dan boleh dijangkakan jugak belia lahir pada tahun 1880.
Tujuan sy berkata demikian adalah kerana hendak mengaitkan adakah tok langgar terbabit dengan perang rokan?.
Manusia dlm usia hayatnya boleh berkembang sehingga 4 generasi dalam tempoh 100 tahun iaitu sehingga cicit. Oleh krn tok enchek lahir pd 1880an, sy dpt andaikan jugak, tok langgar lahir pd tahun 1780an. (undur 100 tahun ke belakang).
Oleh itu sy boleh katakan Tok Langgar tidak terlibat dengan perang rokan krn telah meninggal dunia ketika itu. Sy rasa yg terlibat adalah anak dan cucu-cucu tok langgar.
Juga menarik dikaitakan dengan daeng marewah.
Daeng Marewah mangkat pada 1728. Oleh itu, anak daeng marewah hanya lahir pd sebelum tahun 1728 sedangkan tok langgar lahir pd 1780an. Beza masa 52 tahun, agak jauh tu. So, tok langgar mcm sudah terputus nasab dengan daeng marewah sbb kita mengaitkan tok langgar adalah anak kpd daeng marewah.
Jika benarlah tok langgar keturunan daeng marewah, sy lebih cenderung mengatakan tok langgar adalah cucu deang marewah.
Walaubagaimanapun, sy lebih cenderung berbeza pendapat dengan saudara puyu dengan harapan perbezaan ini akan bertemu dititik permulaan yg sama. Sbbnya sy lebih cenderung kpd daeng chelak sbb ada juraian keturunan sehingga tok langgar.

INI HANYALAH PENDAPAT SY SEMATA-MATA.

Monday, February 6, 2012

Coretan Daeng. 7 Februari 2012




Assalammualaikum. Hari ini tergerak nak coret sikit pasal perkembangan diri dan cerita daeng.Pasal perang rokan, pasal salahsilah yang senyap, bahasa bugis yang lenyap dimakan masa, kampung serkam darat, datuk langgar.

Nak sentuh pasal salahsilah Datuk langgar dan pembuka kampung yang bergitu lama sekali disekitar daerah ini.Kekadang betul juga kata asrol  kemungkinan beliau datang daripada Daeng Chelak. Pendapat beliau berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi.

Bagi saya  kenapa atuk kami daripada Daeng Marewah juga ada asasnya. ini kerana Setelah daeng Marewah menyerahkan tahtanya kepada adik daeng yang lain  beliau meninggalkan istana. anak beliau Datuk Langgar ini atau mungkin Beliau sendiri menyepi lantas  membuka kampung yang damai makmur ini. Semua  bukti dan carta daeng marewah ini bukan datang daripada satu sumber sahaja. Saya yakin dengan pengamatan abang Mir dan Abang razif dengan perjumpaan dengan pemegang teromba lebih daripada seorang.tambahan perjumpaan dibuat bukan sekadar di melaka sahaja tetapi seluruh malaysia.mohon panduan jika salah.

Sebab dalam nak mengubah salahsilah ini, rasanya bukan saya. kena jumpa semula pemegang teromba salahsilah yang abang abang saya jumpa. disitu ada jawapannya. Dan yang nyata pemegang teromba daeng dikampung ini bukan calang calang orang. beliau adalah orang yang kami kasihi dan hormati. Datuk Ibab dan Datuk Talip Md Zin.Agak sukar saya nak sanggalkan carta daeng yang ada pada saya ini.

Kenapa beliau sepi dan tidak membawa keluarganya ke istana semula ada sebabnya. Mendengar cerita Datuk Langgar ini mendalami ilmu agama dan lebih selesa  dengan keadaan sedia ada dan jawatan istana yang ada diserahkan kepada 4 adik daeng yang lain. Mungkin beliau lebih selesa dengan kehidupan orang biasa.

Ada maklumat lain. wakil daripada istana datang  mencari beliau dan beliau memesan supaya tiada orang yang mereka cari kepada anak cucunya.Emak saya ada mengatakan pasukan berkuda datang mencari beliau pada tahun 70an dahulu. Dan tambahan masa majlis daulat ada wakil istana datang mengambil tanah di makam beliau.

Kenapa usaha tidak diteruskan. sukar saya nak jawap soalan ini.Saya amati sebenarnya keluarga kami bukan merupakan waris kuat dalam daeng marewah. tetapi itu bukan persoalannya. Jika ALLAH izinkan usaha pencarian salahsilah bugis ini dengan secara tidak langsung kita dapat merapatkan kekeluargaan yang jauh dan yang terputus lama. Tambahan kami disekitar kampung Serkam Darat ini akan selesai dalam teka teki pencarian salahsilah kampung.

wallahualam..daeng arshad.. 

lepas ini nak coret pasal perang rokan. mesti ramai nak tahu. heheh tunggu..........

Thursday, January 26, 2012

Carta Daeng Marewah sebelah serkam darat melaka

Assalammualaikum wrt.

Terima kasih kepada saudara daeng yang selalu bertanye kabar dan update banyak maklumat pada saya.sekali lagi saya highlight semula carta teromba kami cucu daeng di belah serkam Darat ,merlimau,,melaka.

Ramai nak tengok carta tersebut.mungkin dengan carta ini dapat kita hubungkan pertalian persaudaraan ang jauh dan sudah lama terputus.



























































sorry besau sangat.tapi puas tengok carta nie.



Kepada anak serkam darat yang ingin pecahkan lagi jurai keluarga boleh pegi ke www. geni.com
just  follow/ikut arahan kat bawah jer.

1.log in pakai facebook akaun.
2. taip yasak kat search
3.cari keluarga anda dalam carta tu. sama macam carta yang saya tunjukkan dalam blog  nie.
4.Ramai keluarga dah update kat sana.


kalau tak tahu emailkan maklumat pada saya nanti saya bantu.

puyubetuk@gmail.com
salam ukwah semua daeng.

Bahasa Bugis.Menarik hatiku

Assalammualaikum wrt.
Hari ni saya tertarik dengan bahasa ibunda bugis.mungkin kat area melaka bahasa bonda kita nie dah pupus tidak macam di sabah dan sebelah johor.

Majoriti kami di serkam darat, melaka sudah tidak menggunakan bahasa bugis.Artikel dalam surat khabar  baru baru ini amat  berguna.saya akan  masuk dalam blog ini.

Semoga sedikit sebanyak ia dapat mengembalikan kita  kepada bahasa tuturan datuk nenek kita

sebagai pedoman dan sharing.

MakanManréᨆᨙᨋ
MandiCemméᨌᨛᨙᨆ
TidurTinroᨈᨗᨋᨚ
MatahariEssoᨕᨛᨔᨚ
BulanUlengᨕᨗᨒᨛ
LelakiAnaburanéᨕᨊᨕᨅᨘᨑᨙᨊ
PerempuanAnadaraᨕᨊᨕᨉᨑ
BesarLoppoᨒᨚᨄᨚ
KecilKereniᨀᨛᨑᨛᨊᨗ
SedikitCéddéᨙᨌᨙᨉ
BanyakMaégaᨆᨙᨕᨁ
SukaPujiᨄᨘᨍᨗ
YaIyeᨕᨗᨙᨐ
TidakDeᨙᨉ
BukanTania
. sekian bahasa jiwa bangsa

Sunday, January 15, 2012

Coretan daeng 2012.Kenapa jurai keturunan Daeng Marewah ini Senyap???

Kenapa jurai keturunan Daeng Marewah ini Senyap???.
Kenapa tiada waris walak yang kuat menyimpan jurai keturunan Datuk Langgar Ini?
Apakah peristiwa yang berlaku dengan perjalanan Daeng Marewah dan cerita Datuk langgar?

Persoalan demi persoalan bermain di minda saya. ada masih jauh dalam usaha nak mencari cerita asal datuk nenek moyang daeng Juga masih jauh persoalan siapakan pemuka kampung serkam darat ini akan terjawab? .Dimana  lagi saudara saudara daeng Marewah dan Langgar yang tidak tahu dimana?. Persoalan akan terjawab sekiranya  maklumat lengkap Datuk langgar diperolehi dan sambungan daeng marewah ini INSYAALLAH terjawap.

Wednesday, January 4, 2012

Coretan daeng 2012.

Assalammualaikum wrt. Salam Ukwah dan salam tahun baru 2012 bagi semua saudara daeng.Alhamdulillah kali ini saya ada kelapangan dan masa untuk meneruskan usaha menjejak susur galur.
Ramai tercari-cari kenapakah daeng Marewah ni hilang salah silahnya. susur galurnya terputus putus.

saya , asrul dan semua sedang merancang untuk menyatukan salahsilah susur galur yang terputus. mana susurgalur yang ada kita cantumkan sedikit demi sedikit dan usaha penyatuan yang pasti akan mengumpul data maklumat yang lebih baik daripada  dahulu. Dalam usaha ini pasti ada ranjau duri. dan kita berdoa semoga usaha mencari asal usul dan saudara daeng ini bersatu akan menjadi kenyataan.

Apa yang termampu saya dan keluarga coretkan adalah salah silah keluarga Daeng Marewah sebelah serkam darat dan saudara asrol ada maklumat lain dan kita cuba rungkaikan dan cantumkan semua. Begitu juga yang berminat boleh kita satukan dan bawa kepada sumber pemegang teromba daeng dan cuba wujudkan persatuan daeng marewah mengikut negeri .

isyaALLAH kita akan cuba menyusuri pencarian Atuk Daeng Marewah yang sebenarnya. amin