Wednesday, January 4, 2012

Coretan daeng 2012.

Assalammualaikum wrt. Salam Ukwah dan salam tahun baru 2012 bagi semua saudara daeng.Alhamdulillah kali ini saya ada kelapangan dan masa untuk meneruskan usaha menjejak susur galur.
Ramai tercari-cari kenapakah daeng Marewah ni hilang salah silahnya. susur galurnya terputus putus.

saya , asrul dan semua sedang merancang untuk menyatukan salahsilah susur galur yang terputus. mana susurgalur yang ada kita cantumkan sedikit demi sedikit dan usaha penyatuan yang pasti akan mengumpul data maklumat yang lebih baik daripada  dahulu. Dalam usaha ini pasti ada ranjau duri. dan kita berdoa semoga usaha mencari asal usul dan saudara daeng ini bersatu akan menjadi kenyataan.

Apa yang termampu saya dan keluarga coretkan adalah salah silah keluarga Daeng Marewah sebelah serkam darat dan saudara asrol ada maklumat lain dan kita cuba rungkaikan dan cantumkan semua. Begitu juga yang berminat boleh kita satukan dan bawa kepada sumber pemegang teromba daeng dan cuba wujudkan persatuan daeng marewah mengikut negeri .

isyaALLAH kita akan cuba menyusuri pencarian Atuk Daeng Marewah yang sebenarnya. amin

No comments:

Post a Comment