Sunday, November 6, 2011

Buat saudara daengmarewah semua 6/11/11

Salam ukwah buAt semua,Maaf Kerana tiada kabar berita.sekarang keadaan x mengizinkan saya Utk Saya update blog Dan meneneruskan pencarian juraikeluarga daengmarewah tergendala seketikA.urusan kerja kini membataskan Saya.buatasrulsaya akanmghubungi tuan yer.

Friday, July 1, 2011

Coretan Daeng 2 julai 2011

Assalammualaikum wrt.

salam ukwah , salam daeng dan silaturrahim pada semua. kali nie saya  nak coretkan beberapa perkara yang agak menarik minat semua. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dengan perkongsian maklumat.

1. Hubungan  5 daeng dengan negeri sembilan dan
2. hubungan daeng marewah dengan kerajaan negeri sembilan.

berpandukan cerita  yang diberi  5 daeng ini ke johor dan menyerang kerajaan  pada  hari yang sama raja  Malewar naik tahta kerajaan negeri sembilan.kenapa hari yang sama. mengikut ceritanya lagi kerana  negeri sembilan dahulunya dibawah tahta kerajaan johor dan dengan ini maka  ia dapat  tubuh sebuah negeri sendiri. 
linggi  dijadikan  laluan orang-orang bugis untuk  laluan ke johor.menarik juga.

2. Hubungan daeng marewah dengan  raja malewar juga dikata mempunyai talian darah dan keluarga daeng  ini mempunyai keluarga daripada minang . saya rasa ada berkaitan dengan susur galur yang dicop bekas mufti negeri sembilan. ada menceritakan tentang raja melawar sama dengan daeng marewah. ismi hati ini rasa adalah 2 raja yang berbeza. tetapi persoalannya apa kaitan daeng marewah dengan bangkahulu dan raja malewar? persoalan juga.apa kaitan kawasan riau  dengan daeng ini. ? persoalan lagi mungkinkah perjanjian awal antara mereka sebelum menyerang johor?teruskan pencarian

Yang pasti  susur galur daeng marewah masih pudar berbanding 4 daeng yang lain.  di manakah ia patut bermula?

sehari 2 nie  saya dapat lagi maklumat dengan perkenalan rakan facebook berpandukan blog pencarian  mereka merungkai sejarah asal keluarga.semoga saya bersemangat untuk teruskan perjuangan ini. 

perlu ke muzium bugis, mendapatkan buku tulisan raja haji dan pergi berjumpa penyimpanan teromba daeng marewah ini. moga Allah permudahkan lagi urusan. amin

Wednesday, June 22, 2011

Coretan Daeng 23 Jun 2011 :DAENG CHELAK>DAENG MAREWAH.

Assalammualaikum wrt.

Coretan daeng kali ini tidak banyak maklumat dan input cuma ALLAH telah mempertemukan kita dengan saudara saudara daeng yang lain menerusi facebook. Syukur padaMu ya ALLAH.ALHAMDULILLAH

Kepada yang telah mengikuti blog daripada awal lagi kita telah memperkemaskinikan blog bagi mengelakkan sebarang salah faham dan tafsiran.

Terperanjat apabila bertemu dengan seorang kakak ini dan berpesan jangan jadi seperti SI KITOL. sape dia saya pun tidak pernah mendengar cerita dan namanya.Mungkin  kakak tersebut kurang paham ape dia Blog ini.BLOG sejarah keluarga sejarah kampung. cuma pudar-pudar maklumatnya.mula mula tergelak sebab macam lucu nama dia.bila dijelaskan baru tahu ape dia yang saya share kat Facebook . itula kisahnya.

KAMPUNG SERKAM DARAT mempunyai ikatan keluarga yang menyeluruh dengan DARAH BUGIS dan mengikut fahaman kami, kamilah cucu cicit daeng Marewah. inilah yang diceritakan oleh tok nenek kepada kami. secara lisan bolehlah difahamkan tetapi dimana faktanya.Dalam usaha ini, ada pelbagai pendapat dan mudah-mudahan  dengan pendapat itu, kami temui cerita yang satu.

Arwah Ayah ada memberitahu bahawa dalam satu kampung ini semuanya saudara kamu dan cuma 2 keluarga yang datang daripada luar dan bukan daripada keluarga Bugis.

Jika dipermudahkan lengkap salahsilah ini bermaksud lengkap rumpun Daeng di Kampung Serkam Darat ini. semoga usaha ini dapat diredha ILAHI dan dirahmatiNYA

Tujuan blog ini adalah untuk  menyusuri salahsilah dan sejarah keturunan dan disamping merapatkan  keluarga lain yang terputus hubungan  lama dan akhirnya barulah lengkap susurgalur kami di Serkam Darat Melaka ini.Sehingga hari ini pelbagai usaha dilakukan oleh Datuk Talip Md Zin , Poklong Ibab , Abang Amir dalam menyusuri keturunan Daeng ini.Yang saya tahu belah  nek Wan, ramai keluarga di sebelah Semerah. boleh dikatakan penuh rumah nek Wan bila raya. cuma saya yang muda-muda ini tidak beberapa kenal lagi. 

Monday, June 20, 2011

Coretan Daeng 21 jun 2011

Saudara asrol, Mohd Noorafendy saya cuba arrangekan perjumpaan dengan pemegang teromba lengkap daeng Marewah ini. beliau bekas Pengarah Pendidikan Melaka. setahu saya bagi rumpun kami yang memegang teromba/salasilah ini ialah Pok Long Ibab dan Pak Ngah Talip/Datuk Talip Md Zin. Bagi Serkam Pantai pula teromba/ salasilah rumpun keluarga daeng disana ialah saudara Mat Dagu.

Tambahan saya cuba dapat salinan teromba/ salahsilah yang yang mempunyai chop mufti negeri sembilan. apa kaitannya saya tidak pasti.

Mengikut maklumat bekas pengarah ini, kami datang daripada Daeng Marewah dan satu sahaja tidak boleh bawak balik teromba tersebut kerana terlalu besar dan sangat detail. menurut beliau jika berminat boleh salin disitu terus.

siapa pun datuk kita daeng chelak  daeng Marewah kita tetap dalam satu keluarga.semoga maklumat yang sahih dan yang lain dapat membantu dalam usaha pengumpulan data ini.

Yang pasti bagi pengwujudan utama blog ini ada untuk membina salaturahim yang lama terputus dan ingin menjejaki salahsilah keluarga Daeng  ini yang pasti.Jika dapat sebarang maklumat mohon kongsi bersama.

Oh ya, mengikut pandangan seorang yang warak  yang ditemui perkaitan  keluarga sultan selangor dan Panglima Hitam juga kuat dengan keluarga daeng serkam darat  apabila kami datang menziarah makam di Jugra Selangor. maklumat saudara Asrol berhubung Daeng Kuning ada kepastian disitu.

Banyak kemungkinan yang kabur dan usaha menjejak susur galur ini masih diteruskan. YA ALLAH permudahkan usaha kami dan semoga ia berjaya. Amin.

nama Isteri Daeng Marewah ialah Tu Encik Ayu

Nama isteri Daeng Marewah  ialah Tu Encik Ayu. satu info yang menarik bagi pencarian susur galur/salahsilah Daeng Marewah ini.


sumber:   http://info.indotoplist.com/?YldWdWRUMWtaWFJoYVd3bWFXNW1iMTlwWkQweE1UZz0=

Kaitan Daeng Marewah, Panglima Hitam, Datuk Meor (Silat Gayung Malaysia)??

Apa kaitan daeng Kuning + Datuk Meor (Silat Gayung) dengan Daeng Marewah.. ??

Suntingan daripada Blog:http://www.jejakkeluarga.dkays.com/daengrilakx.htm. info menarik.

Friday, June 17, 2011

Thursday, June 16, 2011


Maklumat lain daripada http://ms.wikipedia.org  berkaitan daeng Marewah


Daeng Marewah adalah saudara paling tua Bugis 5 bersaudara daripada Makassar, Sulawesi yang datang ke Johor. Beliau dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Johor yang pertama (1722 - 1728).

[sunting]Mangkat

Beliau mangkat pada 7 Ogos 1725 dan telah dimakamkan di Sungai Baru, Riau.

Mengikut data dan carta alir Daeng Marewah terputus salahsilah dia. mungkin ada usaha-usaha lain dijalankan  bagi melengkapkan salahsilah keturunan daeng ini. semoga usaha -usaha kecil ini dapat membantu  dan melengkapkan salah silah lengkap Daeng Marewah ini. amin

 gambar makam Daeng Marewah yang  terletak di riau, indonesia.



maklumat daripada http://zulkarnainyani1977.wordpress.com/ mengupas serba sedikit sejarah Daeng Marewah

RAH sebenarnya berasal dari keturunan Bugis. Garis keturunan ini berasal neneknya (Opu Daeng Cellak) yang berasal dari tanah Bugis, namun kemudian menetap di Riau dan memperoleh jabatan sebagai Yang Dipertuan Agung (pembantu sultan dalam urusan pemerintahan). Cerita ini bermula ketika La Madusilat, Raja Bugis yang pertama kali masuk Islam, ternyata memiliki keturunan yang salah satunya bernama Daeng Rilaka.
Daeng Rilaka mempunyai lima anak, yaitu Opu Daeng Parani, Opu Daeng Marewah, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Cellak, dan Opu Daeng Kemasi. Bersama kelima anaknya itu, Daeng Rilaka meninggalkan tanah Bugis dan mengembara ke wilayah Kesultanan Riau-Johor. Keturunan ini mendapat kedudukan di istana kesultanan. Anak keempat Daeng Rilaka, Opu Daeng Cellak yang merupakan nenek RAH menjadi Yang Dipertuan Muda (YDM) Riau II (1728-1745), menggantikan saudaranya Opu Daeng Marewah, YDM Muda Riau I (1723-1728).




Wednesday, June 15, 2011

Arwah Ayah Merupakan Sidang Kampung Serkam Darat. Mengikut  cerita Daeng Merawahlah yang membuka kampung dan kedatangan berkuda daripada  Sultan Johor  untuk melengkapkan Daulat merupakan sesuatu yang sukar hilang dalam ingatan.Ada cerita lain pula menyatakan bahawa daeng ini mahu beramal dengan ilmu akhirat  dan  tidak mahu menjadi raja malah membuka kampung ini. Dan Kampung ini merupakan juga sebuah kampung lama tidak mungkin ia Menjadi sebuah Dun dalam Parlimen..

Perkataan Serkam juga mempunyai erti Sir dan Kam.Istilah sir bermaksud rahsia dan Kam bermaksud penuh"petikan daripada maklumat Group Serkam Darat Di Facebook".kampung Penuh rahsia.
"

Adalah diriwayatkan Kampung Serkam adalah sebuah kampong dikalangan yang tertua di Melaka dan selalu mendapat kunjungan pedagang Islam dari Arab dan India. Mereka datang berdagang dan mengembangkan ajaran Islam. Kampung Serkam juga menjadi tempat persembunyian pahlawan-pahlawan dari Palembang yang kalah berperang. Ini menjadikan Kampung Serkam mempunyai banyak rahsia. Asal Usul Kampung Serkam berasal dari Perkataan Arab ‘SIR’ bermaksud Rahsia dan ‘KAM’ bermaksud banyak. SIRKAM bermaksud ‘Kampung banyak RAHSIA’."


fakta fakta dan maklumat ini amat menarik perhatian saya yang selama ini tidak mengetahui. 


beberapa info yang mungkin menarik tuan tuan untuk mengetahuinya.

Kajian Sejarah masa tingkatan 3 dulu ada menceritakan 5 beradik bugis datang daripada seberang dan salah seorang singgah di Serkam dan membuka kampung ini.

Mengikut pandangan MOHD ASROL ada benarnya masa yang begitu lama dan jarak antara Datuk langgar  dan Daeng Marewah perlu diperbetulkan. Tetapi mengikut cerita orang tua tua kampung Serkam Darat pula, Daeng Malewarlah menyamar  yang membuka kampung ini.Tujuan  penyamaran ini kerana beliau ingin menjadi orang biasa. Sehingga pasukan berkuda Johor lama  beberapa kali cubaan mencari waris dan  lokasi beliau gagal.Kata mereka pula mereka beradik berlima saudara dan Daeng Marewah masuk ke alur sungai serkam dan membuka Serkam Darat ini.

Mungkin beberapa fakta yang perlu diperkemaskan semula bagi menyusun semula data dan aliran cerita Datuk Langgar dan Daeng Marewah ini.

Untuk Makluman semua isyaALLAH ada beberapa program telah dibuat dan dirangka.Salah satu program yang telah dijalankan antaranya program golf  tertutup Anak-anak  serkam yang telah diraikan bersama dengan Datuk Talip Md Zin, Tan Sri Rahim Noor, Mohd Asri , Keluarga Yasak (abng Sulung saya Amir hamzah dan Abang Kamarunzaman (Abang No 5) dan yang lain lain

Kami sedang merangka bagi membuat program turun teromba dimasjid Serkam Darat dan dan sebelum itu kerja kerja memperkemaskan Data dan sebagai dalam proses . Mudah mudahan ia akan termakbul jayanya. banyak kesukaran dan rintangan yang membataskan masa bagi kerja kerja ini. Moga ALLAH memberi kekuatan  untuk menyempurnakannya. Aminnn ya ALLAH..

Wednesday, January 12, 2011

Coretan Daeng

Hari ini terpanggil dengan sejarah salahsilah keluarga ku. syukur setidak tidaknya aku dilahirkan dengan agama islam. tambah sikit naik turun itu biasalah sebagai orang biasa.

Menurut cerita orang lama  kampung ku di buka oleh Tok langgar yang dikatakan membawa diri daripada adik beradik  dan membuka kampung yang diberi nama serkam. Tanah perkuburan nye masih berada di kampung ini.dan ada sumber menyatakan beliau tidak berminat dengan hal hal dunia dan jika ada sultan atau kerabat yang mencari katakan tidak kenal atau dia beliau di sini.

Menurut lisan mak tercinta tahun 70an ada bangsawan Raja Johor datang berkuda untuk mencari  waris Tok Langgar di kampung ini dan daripada maklumat lain pula, pemegang daulat sultan ada juga ke sini bagi melengkapkan daulat raja.

Bagi rumpun Daeng Marewah  di Serkam Darat ini , Abang sulong, Amir ada mengadap orang lama seperti Datuk Ibab, Datuk Talib , bekas pengarah negeri melaka. Akhirnya kesimpulannya, carta keluarga dan salahsilahnya dapat dilengkapkan .

Terdapat beberapa usaha yang dibuat oleh anak serkam bagi menyusun balik teromba/salahsilah ini antaranya majlis makan anak-anak serkam dan pertandingan goft anak anak serkam.