Wednesday, June 15, 2011

Arwah Ayah Merupakan Sidang Kampung Serkam Darat. Mengikut  cerita Daeng Merawahlah yang membuka kampung dan kedatangan berkuda daripada  Sultan Johor  untuk melengkapkan Daulat merupakan sesuatu yang sukar hilang dalam ingatan.Ada cerita lain pula menyatakan bahawa daeng ini mahu beramal dengan ilmu akhirat  dan  tidak mahu menjadi raja malah membuka kampung ini. Dan Kampung ini merupakan juga sebuah kampung lama tidak mungkin ia Menjadi sebuah Dun dalam Parlimen..

Perkataan Serkam juga mempunyai erti Sir dan Kam.Istilah sir bermaksud rahsia dan Kam bermaksud penuh"petikan daripada maklumat Group Serkam Darat Di Facebook".kampung Penuh rahsia.
"

Adalah diriwayatkan Kampung Serkam adalah sebuah kampong dikalangan yang tertua di Melaka dan selalu mendapat kunjungan pedagang Islam dari Arab dan India. Mereka datang berdagang dan mengembangkan ajaran Islam. Kampung Serkam juga menjadi tempat persembunyian pahlawan-pahlawan dari Palembang yang kalah berperang. Ini menjadikan Kampung Serkam mempunyai banyak rahsia. Asal Usul Kampung Serkam berasal dari Perkataan Arab ‘SIR’ bermaksud Rahsia dan ‘KAM’ bermaksud banyak. SIRKAM bermaksud ‘Kampung banyak RAHSIA’."


fakta fakta dan maklumat ini amat menarik perhatian saya yang selama ini tidak mengetahui. 


beberapa info yang mungkin menarik tuan tuan untuk mengetahuinya.

Kajian Sejarah masa tingkatan 3 dulu ada menceritakan 5 beradik bugis datang daripada seberang dan salah seorang singgah di Serkam dan membuka kampung ini.

Mengikut pandangan MOHD ASROL ada benarnya masa yang begitu lama dan jarak antara Datuk langgar  dan Daeng Marewah perlu diperbetulkan. Tetapi mengikut cerita orang tua tua kampung Serkam Darat pula, Daeng Malewarlah menyamar  yang membuka kampung ini.Tujuan  penyamaran ini kerana beliau ingin menjadi orang biasa. Sehingga pasukan berkuda Johor lama  beberapa kali cubaan mencari waris dan  lokasi beliau gagal.Kata mereka pula mereka beradik berlima saudara dan Daeng Marewah masuk ke alur sungai serkam dan membuka Serkam Darat ini.

Mungkin beberapa fakta yang perlu diperkemaskan semula bagi menyusun semula data dan aliran cerita Datuk Langgar dan Daeng Marewah ini.

Untuk Makluman semua isyaALLAH ada beberapa program telah dibuat dan dirangka.Salah satu program yang telah dijalankan antaranya program golf  tertutup Anak-anak  serkam yang telah diraikan bersama dengan Datuk Talip Md Zin, Tan Sri Rahim Noor, Mohd Asri , Keluarga Yasak (abng Sulung saya Amir hamzah dan Abang Kamarunzaman (Abang No 5) dan yang lain lain

Kami sedang merangka bagi membuat program turun teromba dimasjid Serkam Darat dan dan sebelum itu kerja kerja memperkemaskan Data dan sebagai dalam proses . Mudah mudahan ia akan termakbul jayanya. banyak kesukaran dan rintangan yang membataskan masa bagi kerja kerja ini. Moga ALLAH memberi kekuatan  untuk menyempurnakannya. Aminnn ya ALLAH..

3 comments:

  1. Assalamualaikum.. tuan sy adalah keturunan daeng merewah dr ayah sy.. tp cuma dri mulut ke mulut... tuan ade x rekod nasab ke jalur kami..
    Trima kasih..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. tuan sy adalah keturunan daeng merewah dr ayah sy.. tp cuma dri mulut ke mulut... tuan ade x rekod nasab ke jalur kami..
    Trima kasih..

    ReplyDelete
  3. Saya ada salah-silah keturunan keluarga.Arwah ayah saya juga pernah bagitau keturunannya drpd daeng 5 bersaudara

    ReplyDelete