Wednesday, June 22, 2011

Coretan Daeng 23 Jun 2011 :DAENG CHELAK>DAENG MAREWAH.

Assalammualaikum wrt.

Coretan daeng kali ini tidak banyak maklumat dan input cuma ALLAH telah mempertemukan kita dengan saudara saudara daeng yang lain menerusi facebook. Syukur padaMu ya ALLAH.ALHAMDULILLAH

Kepada yang telah mengikuti blog daripada awal lagi kita telah memperkemaskinikan blog bagi mengelakkan sebarang salah faham dan tafsiran.

Terperanjat apabila bertemu dengan seorang kakak ini dan berpesan jangan jadi seperti SI KITOL. sape dia saya pun tidak pernah mendengar cerita dan namanya.Mungkin  kakak tersebut kurang paham ape dia Blog ini.BLOG sejarah keluarga sejarah kampung. cuma pudar-pudar maklumatnya.mula mula tergelak sebab macam lucu nama dia.bila dijelaskan baru tahu ape dia yang saya share kat Facebook . itula kisahnya.

KAMPUNG SERKAM DARAT mempunyai ikatan keluarga yang menyeluruh dengan DARAH BUGIS dan mengikut fahaman kami, kamilah cucu cicit daeng Marewah. inilah yang diceritakan oleh tok nenek kepada kami. secara lisan bolehlah difahamkan tetapi dimana faktanya.Dalam usaha ini, ada pelbagai pendapat dan mudah-mudahan  dengan pendapat itu, kami temui cerita yang satu.

Arwah Ayah ada memberitahu bahawa dalam satu kampung ini semuanya saudara kamu dan cuma 2 keluarga yang datang daripada luar dan bukan daripada keluarga Bugis.

Jika dipermudahkan lengkap salahsilah ini bermaksud lengkap rumpun Daeng di Kampung Serkam Darat ini. semoga usaha ini dapat diredha ILAHI dan dirahmatiNYA

Tujuan blog ini adalah untuk  menyusuri salahsilah dan sejarah keturunan dan disamping merapatkan  keluarga lain yang terputus hubungan  lama dan akhirnya barulah lengkap susurgalur kami di Serkam Darat Melaka ini.Sehingga hari ini pelbagai usaha dilakukan oleh Datuk Talip Md Zin , Poklong Ibab , Abang Amir dalam menyusuri keturunan Daeng ini.Yang saya tahu belah  nek Wan, ramai keluarga di sebelah Semerah. boleh dikatakan penuh rumah nek Wan bila raya. cuma saya yang muda-muda ini tidak beberapa kenal lagi. 

3 comments:

  1. Arwah datuk saya pun ada ckp kat sebelah muar dan semerah banyak sedara-sedara kita, harap-harap tali persaudaraan dibina semula..
    Saudara puyu, mungkin lepas nie boleh kot buat Persatuan Keluarga mcm saudara kita di Kedah ada Persatuan Keluarga Daeng Parani...

    ReplyDelete
  2. tu la sedara asrol. sebab x de penggerak dan kalu dok layan sorang ni berpinau pinau gak dan masa selalu mencemburu kita. isyaallah boleh. pasal semerah ni kita orang still ada hubungan lagi biasanya diaorang datang masa raya.

    yang kenal mak abng long dan belah arwah nek wan saya yang duduk dekat kemas serkam bukit tu..

    ReplyDelete
  3. Cuba sedara baca blog nie http://karimon.wordpress.com/2010/07/29/batu-nisan-daeng-celak/. Dlm blog nie ada org komen "tok syeikh". sy x kenal sape dia. nie yg dia tulis dlm blog tu:

    "Alhamdulilah, kalau ada hubungan Nasab dengan Datuk tu, kena lah rajin rajin mencari Nasab nya….Sebenar nya banyak dari mereka mengguna kan nama samaran…tu lah lah yang bagai nak rakk,nak mencarinya.Sebagai contoh…Tok Langgar,Tok Pulau,Tok Bulang di Merlimau…adalah keturunan Daeng Celak….Tok Langgar,nama sebenar nya ialah Raja Mohamad Said bin Raja Ali Haji bin Raja Ahmad bin Al Syahid Raja Haji bin Daeng Celak/Pali bin Upu Tandari Borang Daeng Rilaka bin Upu Daeng Lamdu Salat….Semasa hari raya ada keturunan Tok Langgar datang kerumah saya,dan beritahu nama sebenar Tok Langgar.Saya kata jika nama sebenar Tok Langgar ialah Raja Mohamad Said bin Raja Ali Haji…..no problem…saya memang dah buat dan ada nasab mereka,jadi sambung jer….kerana kalau bagitu..Tok Langgar juga adalah Datuk saya".

    ReplyDelete