Monday, June 20, 2011

Coretan Daeng 21 jun 2011

Saudara asrol, Mohd Noorafendy saya cuba arrangekan perjumpaan dengan pemegang teromba lengkap daeng Marewah ini. beliau bekas Pengarah Pendidikan Melaka. setahu saya bagi rumpun kami yang memegang teromba/salasilah ini ialah Pok Long Ibab dan Pak Ngah Talip/Datuk Talip Md Zin. Bagi Serkam Pantai pula teromba/ salasilah rumpun keluarga daeng disana ialah saudara Mat Dagu.

Tambahan saya cuba dapat salinan teromba/ salahsilah yang yang mempunyai chop mufti negeri sembilan. apa kaitannya saya tidak pasti.

Mengikut maklumat bekas pengarah ini, kami datang daripada Daeng Marewah dan satu sahaja tidak boleh bawak balik teromba tersebut kerana terlalu besar dan sangat detail. menurut beliau jika berminat boleh salin disitu terus.

siapa pun datuk kita daeng chelak  daeng Marewah kita tetap dalam satu keluarga.semoga maklumat yang sahih dan yang lain dapat membantu dalam usaha pengumpulan data ini.

Yang pasti bagi pengwujudan utama blog ini ada untuk membina salaturahim yang lama terputus dan ingin menjejaki salahsilah keluarga Daeng  ini yang pasti.Jika dapat sebarang maklumat mohon kongsi bersama.

Oh ya, mengikut pandangan seorang yang warak  yang ditemui perkaitan  keluarga sultan selangor dan Panglima Hitam juga kuat dengan keluarga daeng serkam darat  apabila kami datang menziarah makam di Jugra Selangor. maklumat saudara Asrol berhubung Daeng Kuning ada kepastian disitu.

Banyak kemungkinan yang kabur dan usaha menjejak susur galur ini masih diteruskan. YA ALLAH permudahkan usaha kami dan semoga ia berjaya. Amin.

5 comments:

  1. Arrangement yg bgus tu. Harap dapat inform kt sy bila tarikh arrangement tu.

    ReplyDelete
  2. Ada satu persoalan yg ingin dikongsikan:

    Daeng Marewah adalah Yang Dipertuan Muda Pertama Johor diikuiti oleh Daeng Chelak dan diakhiri oleh Raja Muhammad Yusuf pada 1899. Yang menariknya, selepas kemangkatan Daeng Marewah, Daeng Chelak menjadi YDPM Johor kedua. Kenapa jawatan YDPM kedua tidak diwariskan kpd Raja Saad B. Daeng Marewah. Yang menariknya juga, tiada seorang pun keturunan daeng marewah dilantik sbg YDPM Johor.

    Benar juga klu dikatakan selepas kematian Daeng Marewah, anaknya Raja Saad tidak berminat memegang jawatan YDPM Johor menggantikan beliau dan ingin menjadi org biasa lalu berhijrah ke Serkam.Lalu berusahalah saudara maranya mencari di mana beliau berada.

    Mungkin juga semasa berada di Serkam, Raja Saad ini menyamar sbg Tok Langgar dan berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan zuriat keturunannya yg bertebaran di Serkam dan sebahagian Tedong sehingga kini.....

    Kepada sedara2 semua, sila lah beri komen...

    ReplyDelete
  3. kemungkinan yang besar tu. atau selepas abes jawatan Yang Dipertuan Muda Pertama daeng Marewah ke serkam ada tidak kemungkinan tak?. kena mencari fakta nie. sebab tidak boleh ikut logik juga. tarikh tu nanti saya adjustkan dengan abang saya dulu. isyaALLAH jika lengkap dan sahih info Keluarga dan warga kampung serkam darat akan buat majlis turun teromba kat Masjid. Doakan ia berjaya dilakukan yer sedara.

    ReplyDelete
  4. Mungkin juga tu. Hanya Allah yg tahu. Saya nantikan majlis turun teromba tu. Klu niat baik, insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete