Friday, February 24, 2012

Coretan Daeng. 24 februari 2012

Mengikut kata bonda saya, sambil minum petang ceritanya kedatangan Sultan Ibrahim (Raja Johor) berlaku pada usia beliau darjah 3 @ 4.Ia berlaku pada pada sekitar 60an dahulu.kata Bonda lagi ketika lawatan raja di sekitar kubur tidak bernama di nisannya(ada sekitar 5 buah semuanya)l. lokasinya di rumah kak timah balok.Nenek telah sepakat dengan keluarga lain membuat persatuan. mungkin persatuan daeng la .

Kenapa tidak terlaksana saya tidak pasti dan cerita yang saya dengan setakat itu sahaja.Maklumat sebegini akan terus saya perolehi dan kumpulkan dalam blog sehingga semuanya dapat membantu ianya selesai. Dan salahsilah kampung dan teromba kampung akan terus terungkai..... siapakah kami ini.. Menjejak asal usulku

Saya juga akan turut menyeletkan cerita jenaka rakyat kampung yang dipelopori oleh Pok Long Bidin.Pok Long saya ini mempunyai cerita yang kelakar dan tidak terjangkau ceritanya. boleh kata seperti tukang karut kampung. Ceritanya menjadi ingatan kami budak budak muda dikampung. sebut sahaja cerita pok long semua orang tahu.... nanti sambung lagi dan saya bercadang ingin membuat blog khas untuk cerita jenaka ini.

1 comment:

  1. sy rasa bukan tahun 1960an sbb sultan ibrahim meninggal pada 8 Mei 1959. Klu pun betul sultan ibrahim melawat kubur tok langgar apa tujuannya? dan Untuk apa?

    ReplyDelete