Monday, February 6, 2012

Coretan Daeng. 7 Februari 2012




Assalammualaikum. Hari ini tergerak nak coret sikit pasal perkembangan diri dan cerita daeng.Pasal perang rokan, pasal salahsilah yang senyap, bahasa bugis yang lenyap dimakan masa, kampung serkam darat, datuk langgar.

Nak sentuh pasal salahsilah Datuk langgar dan pembuka kampung yang bergitu lama sekali disekitar daerah ini.Kekadang betul juga kata asrol  kemungkinan beliau datang daripada Daeng Chelak. Pendapat beliau berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi.

Bagi saya  kenapa atuk kami daripada Daeng Marewah juga ada asasnya. ini kerana Setelah daeng Marewah menyerahkan tahtanya kepada adik daeng yang lain  beliau meninggalkan istana. anak beliau Datuk Langgar ini atau mungkin Beliau sendiri menyepi lantas  membuka kampung yang damai makmur ini. Semua  bukti dan carta daeng marewah ini bukan datang daripada satu sumber sahaja. Saya yakin dengan pengamatan abang Mir dan Abang razif dengan perjumpaan dengan pemegang teromba lebih daripada seorang.tambahan perjumpaan dibuat bukan sekadar di melaka sahaja tetapi seluruh malaysia.mohon panduan jika salah.

Sebab dalam nak mengubah salahsilah ini, rasanya bukan saya. kena jumpa semula pemegang teromba salahsilah yang abang abang saya jumpa. disitu ada jawapannya. Dan yang nyata pemegang teromba daeng dikampung ini bukan calang calang orang. beliau adalah orang yang kami kasihi dan hormati. Datuk Ibab dan Datuk Talip Md Zin.Agak sukar saya nak sanggalkan carta daeng yang ada pada saya ini.

Kenapa beliau sepi dan tidak membawa keluarganya ke istana semula ada sebabnya. Mendengar cerita Datuk Langgar ini mendalami ilmu agama dan lebih selesa  dengan keadaan sedia ada dan jawatan istana yang ada diserahkan kepada 4 adik daeng yang lain. Mungkin beliau lebih selesa dengan kehidupan orang biasa.

Ada maklumat lain. wakil daripada istana datang  mencari beliau dan beliau memesan supaya tiada orang yang mereka cari kepada anak cucunya.Emak saya ada mengatakan pasukan berkuda datang mencari beliau pada tahun 70an dahulu. Dan tambahan masa majlis daulat ada wakil istana datang mengambil tanah di makam beliau.

Kenapa usaha tidak diteruskan. sukar saya nak jawap soalan ini.Saya amati sebenarnya keluarga kami bukan merupakan waris kuat dalam daeng marewah. tetapi itu bukan persoalannya. Jika ALLAH izinkan usaha pencarian salahsilah bugis ini dengan secara tidak langsung kita dapat merapatkan kekeluargaan yang jauh dan yang terputus lama. Tambahan kami disekitar kampung Serkam Darat ini akan selesai dalam teka teki pencarian salahsilah kampung.

wallahualam..daeng arshad.. 

lepas ini nak coret pasal perang rokan. mesti ramai nak tahu. heheh tunggu..........

5 comments:

  1. Memang memerlukan pengorbanan dlm mengusahakan sesuatu inisiatif yg membabitkan ramai pihak...jgn putus asa.

    ReplyDelete
  2. Saudara puyu, pasal pasukan berkuda tu adakah berlaku pada tahun 1970-an atau 1870-an?. Su jg ada terdengar dengan hubungan kerabat antara tok langgar dengan temenggong ahmad, penguasa daerah muar masa dahulu..

    ReplyDelete
  3. Mak sy pernah cakap masa zaman kanak-kanaknya arwah nenek saudaranya yg dipanggil tok enchek pernah bercerita pasal perang rokan. Sy anggarkan ketika itu tahun 1950an. Tok enchek adalah ibu saudara kpd datuk sy. Dan beliau adalah cicit kepada tok langgar sebelah tok puasa. Menurut mak sy, pada masa berlakunya perang rokan, tok enchek masih kanak-kanak. Perang Rokan berlaku pada tahun 1887 dan sy jangkakan usia tok enchek pd masa tu 7 atau 8 tahun dan boleh dijangkakan jugak belia lahir pada tahun 1880.
    Tujuan sy berkata demikian adalah kerana hendak mengaitkan adakah tok langgar terbabit dengan perang rokan?.
    Manusia dlm usia hayatnya boleh berkembang sehingga 4 generasi dalam tempoh 100 tahun iaitu sehingga cicit. Oleh krn tok enchek lahir pd 1880an, sy dpt andaikan jugak, tok langgar lahir pd tahun 1780an. (undur 100 tahun ke belakang).
    Oleh itu sy boleh katakan Tok Langgar tidak terlibat dengan perang rokan krn telah meninggal dunia ketika itu. Sy rasa yg terlibat adalah anak dan cucu-cucu tok langgar.
    Juga menarik dikaitakan dengan daeng marewah.
    Daeng Marewah mangkat pada 1728. Oleh itu, anak daeng marewah hanya lahir pd sebelum tahun 1728 sedangkan tok langgar lahir pd 1780an. Beza masa 52 tahun, agak jauh tu. So, tok langgar mcm sudah terputus nasab dengan daeng marewah sbb kita mengaitkan tok langgar adalah anak kpd daeng marewah.
    Jika benarlah tok langgar keturunan daeng marewah, sy lebih cenderung mengatakan tok langgar adalah cucu deang marewah.
    Walaubagaimanapun, sy lebih cenderung berbeza pendapat dengan saudara puyu dengan harapan perbezaan ini akan bertemu dititik permulaan yg sama. Sbbnya sy lebih cenderung kpd daeng chelak sbb ada juraian keturunan sehingga tok langgar.

    INI HANYALAH PENDAPAT SY SEMATA-MATA.

    ReplyDelete
  4. Saaudara mempunyai byk info.tq.ada masa kita mgeteh secawan dua. Ada call saya. Bole jumpa

    ReplyDelete