Monday, February 13, 2012

Menarik maklumat daripada Daeng Asrol..Coretan Daeng

Mak sy pernah cakap masa zaman kanak-kanaknya arwah nenek saudaranya yg dipanggil tok enchek pernah bercerita pasal perang rokan. Sy anggarkan ketika itu tahun 1950an. Tok enchek adalah ibu saudara kpd datuk sy. Dan beliau adalah cicit kepada tok langgar sebelah tok puasa. Menurut mak sy, pada masa berlakunya perang rokan, tok enchek masih kanak-kanak. Perang Rokan berlaku pada tahun 1887 dan sy jangkakan usia tok enchek pd masa tu 7 atau 8 tahun dan boleh dijangkakan jugak belia lahir pada tahun 1880.
Tujuan sy berkata demikian adalah kerana hendak mengaitkan adakah tok langgar terbabit dengan perang rokan?.
Manusia dlm usia hayatnya boleh berkembang sehingga 4 generasi dalam tempoh 100 tahun iaitu sehingga cicit. Oleh krn tok enchek lahir pd 1880an, sy dpt andaikan jugak, tok langgar lahir pd tahun 1780an. (undur 100 tahun ke belakang).
Oleh itu sy boleh katakan Tok Langgar tidak terlibat dengan perang rokan krn telah meninggal dunia ketika itu. Sy rasa yg terlibat adalah anak dan cucu-cucu tok langgar.
Juga menarik dikaitakan dengan daeng marewah.
Daeng Marewah mangkat pada 1728. Oleh itu, anak daeng marewah hanya lahir pd sebelum tahun 1728 sedangkan tok langgar lahir pd 1780an. Beza masa 52 tahun, agak jauh tu. So, tok langgar mcm sudah terputus nasab dengan daeng marewah sbb kita mengaitkan tok langgar adalah anak kpd daeng marewah.
Jika benarlah tok langgar keturunan daeng marewah, sy lebih cenderung mengatakan tok langgar adalah cucu deang marewah.
Walaubagaimanapun, sy lebih cenderung berbeza pendapat dengan saudara puyu dengan harapan perbezaan ini akan bertemu dititik permulaan yg sama. Sbbnya sy lebih cenderung kpd daeng chelak sbb ada juraian keturunan sehingga tok langgar.

INI HANYALAH PENDAPAT SY SEMATA-MATA.

No comments:

Post a Comment