Hari tergerak nak cerita tentang perkaitan saudara tedong. sebelum ini sememangnya bonda selalu menceritakan tentang saudara lubok, cenderah yang kuat kaitan sedaranya dengan kami di serkam darat. Arwah Tok Wan Daud dan Nek Wan(Belakang Kemas Serkam Darat) boleh dikatakan selalu dikunjungi sedara di sebelah sana. Tedong cuma kenal Arwah Paklang Sebelah Ayah saya dan memang setiap tahun mereka dan kami akan datang beraya. yang lain agak samar-samar. Rumah mereka di Tedong Baroh dengan dengan bengkel dak Bai @ area situ-situ jugak lak.Dak Madi dan yang lain-lain adik beradik kat sana kira rapat dengan kami.
Bonda pun membuka cerita tentang saudara lain yang ada disana. Bonda kata ada saudara daeng di sana keluarga Nenek Saeden dan anaknya Nenek Saiyah dan anak cucu beliau.Raya juga boleh kata selalu datang raya kat rumah kami. cuma kurang perasaan yang mana satu.Rumahnya dekat rumah Timah Hj Abas
Menurut Bonda lagi, keluarga disana datang daripada jurai kami dan kaitan dengan kami Nenek kami NENEK HAJI dengan adik beradik Tok Talib.Kena la sama-sama semak balik carta teromba keluarga kat blog. agak pening sikit ceritanya.
So cuma agak kurang berjumpa dengan saudara disana dan hubungan daeng agak kurang dan jauh.
Begitula ceritanya.lepas ni nak ceritakan lagi pasal Kedatangan Sultan Ibrahim di makam/ kubur tidak bertulis nama di rumah Kak timah Balok dan cadangan penubuhan persatuan daeng dimasa itu oleh Nenek Ara Kami.... menarik dan tungguuuuuu...
Salam. Keturunan Tok Langgar di Tedong tidak ramai. Cuma ada 4 atau 5 keluarga sahaja dan tinggal di Tedong Barat berhampiran klinik Desa Tedong. Kami semua adalah dari keturunan Tok Monel anak kepada Tok Puasa. Tok Monel adalah cucu tok langgar. Tok monel berkahwin dengan orang tedong dan terus menetap di Tedong. Tanah yg kami duduk sekarang adalah peninggalan tok monel. cuba lihat carta keluarga yg saudara ada. Lihat keturunan Tok Monel Bin Puasa. Tok monel hanya ada 3 orang anak iaitu Tok Sati, Asma (tok enchek) dan Tok Mahadi. Keturunan inilah yg ada di Tedong.
ReplyDeleteTerima kasih asrol.boleh kata belah serkam anak ayer ke. kat area gumah pawang muna dan Abang Man (abuya) area tu saya tau memang sedara. tapi dekat rumah Abng Man (perdana hitam agak kurang tahu sikit.
ReplyDeletekt belakang klinik desa tedong. Sempadan antara tedong dgn serkam anak ayer.
ReplyDeletesy keturunan daeng talib.kg pulai
ReplyDelete