Friday, February 24, 2012

Kedatangan Sultan Ibrahim di Serkam Darat, Merlimau Melaka

Assalammualaikum dan apa kabau semua saudara daeng dan pelawat blog. 

Menarik juga fakta yang saya perolehi sebelum ini. Terima kasih asrol mengenai tarikh kemangkatan Tuanku. kalu bukan  sekitar 60an peristiwa ini berlaku,ia berlangsung hujung tahun 50an.. kenapa Tuanku hadir ke Kampung Serkam saya kurang pasti. yang pasti ada kaitan dengan kubur tersebut dan makam Tok langgar. Baginda mungkin mencari saudara dan anak cucu kekanda beliau daripada daeng marewah. berkemungkinan juga Baginda datang untuk ziarah saudara daeng yang datang daripada keluarga daeng Chelak(berdasarkan maklumat saudara Asrol kita).Dan ketika itu nenek ARA  juga ingin menubuhkan persatuan.

Kenapa saya katakan sekitar tahun tersebut, bonda ada meyatakan bahawa umurnya masih darjah 3 atau 4 dan sekarang umur bonda dalam 70an.Dan Arwah Nenek ARA sendiri masih hidup. Saya tiada kesempatan berjumpa dengan beliau dan yang setahu saya nenek menginggal di Makkah.

Ianya menjadi satu lambang sejarah kami disini dengan lawatan Baginda ke serkam darat. yang pasti coretan sejarah ini telah luput ditelan zaman. sejarah bertulis saya belum jumpa tetapi maklumat daripada bonda saya sendiri.Maklumat sebegini yang perlu direkod dan disimpan kerana bukti lisan amat penting kerana ianya tidak direkod. Seperti pemegang teromba atau salahsilah juga penting diwarisi kerana jika tiada pewarisnya maklumat pada salahsilah tersebut akan lenyap dan anak cucu akan terus hilang maklumat berhubung asal usul keluarga.

kenapa saya bersungguh hendak berjumpa dengan  rumah arwah pengarah pendidikan kerana maklumat detail dan mengikut maklumat abang razif saya lagi , arwah selalu travel dan berjumpa dengan ramai keluarga daeng seluruh malaysia.masih belum berkesempatan lagi  jejak kasih ini.

Saya masih nak mencari kesahihan adakah pendapat asrol betul dan pertemuan dengan pemegang teromba seperti Anak mat Dagu, Datuk Ibab, Datuk Talip Md Zin,Arwah Pengarah Pendidikan Melaka(Maklumatnya sangat detail) Pak Syeikh (pulau besau kerana ada maklumat berkenaan Salahsilah daeng berlima).

persoalan kenapa jika teromba @salahsilah mereka ini sahih tidak diwartakan atau disahkan.jika semua pemegang teromba tiada siapakah akan meneruskan menyalin maklumat anak cucu rumpun daeng di Serkam Darat atau amnya di Melaka.

Salahsilah ada sepi ini mempunyai sejuta ceritanya dan  kenapa ia begitu sahaja cuma mereka pemegang teromba mempunyai jawapannya. bagi saya, setidak -tidaknya janganlah kami yang bawah dan muda ini hilang maklumat dan pedoman bagi menyusuri keturunan ayah mak kami.

Pandangan Pak tunggal dalam menghimpunkan keluarga Mat Cantik menjadi panduan saya membina perbentukan rumpun keluarga daeng di Kampung Serkam Darat, melaka ini dan isyaALLAH boleh kita panjang-panjangkan.

Pertemuan waris anak serkam yang lalu telah mengumpulkan orang kuat waris daeng antara Datuk Rahim Nor(bekas Ketua Polis Negara), Datuk Talip Md Zin( Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Sarawak) Datuk Ibab(Bekas Orang Kuat TNB) dan sebagainya. Majlis Golf Anak Serkam.pengeraknya abang kelon , bang mir dan saudara yang lain.

4 comments:

  1. semasa saya sedang nak mula buat blog ini, ada seorang kakak ini bertanya kepada saya adakah saya ini SIKITOL MODEN. mula mula pening juga ape sikitol dan bila mencari maklumat tersebut baru tahu.

    Saya pasti dalam pencarian saya ini bukanla menjangkau batas dan paling nyata ada menjejak asal usul sendiri. dan jejak kasih saudara yang lain dan yang telah terputus hubungan sebeluam ini.

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum. salam persaudaraan bugis dari sungai rambai

    ReplyDelete
  3. salam...arwah bapa mertua saya juga keturunan daeng merewah, keris daeng merewah ada dalam simpanan beliau...malangnya keris tu dah diberi kpd org lain...difahamkan keris tu adalah keris betina dan keris jantannya ada pada sultan johor...pernah almarhum sultan iskandar hantar orang ke rumah bapa kpd bapa mertua sy utk mintak keris tu tp tak diberikan (masa tu arwah datuk mertua masih hidup)...

    ReplyDelete
  4. Bukan sultan Ibrahim kot tapi sultan ismail yang datang mencari saudara. Sultan abu bakar pula bagi tanah di bakri utk org serkam

    http://horlicksejuk.blogspot.my/2009/11/sejarah-bugis-di-tanah-melayu.html?m=1

    ReplyDelete