Friday, March 9, 2012

Coretan Daeng. 10 March 2012

Assalammualaikum  dan terima kasih kepada semua pelawat blog.

Kepada saudara daeng yang diluar sana saya memohon jika terdapat kekurangan dan penambahbaikan blog bolehkan email kepada saya di puyubetuk@gmail.com.

daripada pengalaman abang razif dan abang mir menjejak maklumat keluarga daeng, menyatakan mereka pernah ke Felda Taib Andak. Disana dikatakan ada orang lama bugis disana yang mengetahui sejarah  daeng marewah dan tok langgar. Dukacita masa pemergian berjumpa beliau uzur dan tidak sihat.

Tambahan komen bang Razif semasa berjumpa dengan Arwah anak Mat dagu teromba yang disimpan tidak akan dikeluarkan jika tiada majlis rasmi. usaha menjejak dokumen salahsilah yang detail akan saya dan bang razif lawati dahulu sebelum menjemput saudara asrol dan yang lain.


Saya cuba uploadkan kubur tok langgar kepada semua bagi rujukan anda. mengikut abang razif orang lama biasa  dengan nama gelaran.  Tok Langgar ini adakah nama atuk kami seorang yang gunakan atau adakah lagi yang menggunakannya.

bagi saudara waris linggi saya berharap sangat dapat sangat salahsilah yang mempunyai chop mufti negeri sembilan. jika dapat respond dengan maklumat ini. menurut abang razif salahsilah tersebut jelas ada menyatakan salahsilah Tok Langgar.

Jika saudara daeng yang lain ada memiliki maklumat bolehlah berkongsi dengan kami disini. IsyaALLAH gabungan maklumat ini sedikit sebanyak dapat menyatukan kita semua.ISYAALLAH. aminnn...

Tambahan lagi menurut Arwah ayah saya SIDANG YASAK, Orang kampung panggil Tok Janggut, atau ada sesetengah panggil sidang yasak "sian" sebab bila jumpa kawan dia, pasti perkataan kesian tau sian diucapkan.Kampung bugis SERKAM DARAT ini dikatakan tempat ujian penamat ilmu bagi pengamal ilmu kebatinan dahulunya. sebab ramai antara pengamal ilmu ingin menguji tahap ilmu kebatinan mereka ditahap mana.Tambahan banyak cerita pelik pelikd dengan kehebatan orang lama kampung ini.Selain daripada itu juga ,tidak sunyi dengan kedatangan banyak serangan orang minyak, pukau, dan sebagainya.

Cerita Tok Kamat Putih yang rumahnya dihujani dengan duit siling, makam Tok Biah, Harimau Putih, Kuda Putih Buaya Putih dan banyak lagi  menjadikan kampung SERKAM DARAT  menjadikan kampung ini unik dan menarik.

No comments:

Post a Comment