Alhamdulillah Syukur padaNYA.
Coretan kali ini semakin menarik dengan perjumpaan dengan keluarga Hj Ahmad , Abang Yassin sekeluarga. terima kasih dengan penerimaan kedatangan kami yang tidak sebarapa. Banyak kupasan dan maklumat saya dan Wan perolehi hasil perjumpaan keluarga saya ini.
Kelakar dan malu ala kerana saya yang muda ini, baru mengenali saudara dan keluarga kami Keluarga Mat Dagu. Pencarian abang saya razif dan Abang Amir sekali lagi dapat sambung semula. Penjelasan demi penjelasan akhirnya Keluarga Abang Yassin dan Cikgu Tahir adalah orang kuat serkam darat.Ada hikmahnya dan baiknya saya balik ke Melaka dan bekerja di sini.
Hasil perjumpaan dengan Abang Yassin saya kupaskan dalam beberapa isi.
Hasil perjumpaan dengan Abang Yassin saya kupaskan dalam beberapa isi.
INTIPATI dalam perjumpaan dengan Beliau.
* mengwujudkan satu komiti keluarga.
*program keluarga HJ Syaaban @ Hj Suri
* melihat jurai keluarga kami.
*Kena berjumpa orang lama dengan segera.
*Pesanan Abang Yassin
*Semakin Faham akan jurai keturunan kami.Kenapa? jawapannya semakin nampak.
Banyak cerita. Cuma usaha ini akan menjadikan pembakar semangat kami bagi berjumpa dengan saudara kami yang lain. Bak kata beliau, mencari saudara ini adalah perkara sunnah. perkara ini yang tidak diamalkan lagi kita di zaman sekarang . mungkin masa dan teknologi mengalpakan kita dengan persaudaran.Ia sedikit sebanyak menghalang kita dalam usaha mengenali saudara kita.akhirnya kita tidak kenal saudara sendiri. Syukur pada ILAHI dengan perjumpaan dengan beliau. BUDAYA ZAMAN DAHULU dalam ERATKAN PERSAUDARAAN. AYAH dalam satu keluarga akan membawa anak anak berjumpa saudara lain bila kelapangan dan aktivii kahwin sedara merupakan cara keluarga merapatkan hubungan kekeluargaan .perkara ini sudah tidak berlaku lagi. Zaman berubah dan semakin lama semakin kami yang muda tidak mengenali saudara kami sendiri.
Isu Orang lama atau ORANG TUA . Saya memandang jika tiada orang yang menyalin hubungan persaudaraan saudara(maksud saya yang muda) maka kami yang muda akan kehilangan talian dengan saudara kami yang lain dengan ketiadaan orang lama ini. Harapan saya , semoga majlis perjumpaan keluarga ini akan menjadi kenyataan. amin.Sebelah saya cuma tinggal Busu Sidek dan belah Abang Yassin mungkin ramai dan yang lain lain kurang pasti.
Selepas ini saya akan bercadang akan menziarah Cikgu Tahir dan Pak Syeikh Pulau Besar dan waris linggi.Isyaallah Juga atas cadangan Abang Yassin , MENUBUHKAN SATU KOMITI KELUARGA dan cuba arrangekan PROGRAM PERJUMPAAN JALINAN KASIH KELUARGA HJ SURI@TOK SYAABAN SERKAM MELAKA. Saya menjemput Saudara Kuat belah keluarga seperti Saudara Asrol dan waris linggi wan hanafi untuk kita duduk berjumpa. Rasanya jika tidak ke rumah ini, rasanya tidaklah saya dapat mengenali satu lagi keluarga kuat di Serkam Darat walaupun sudah berumur 34 tahun. saudara asrol contohnya masih tidak mengenali saya dan keluarga.
Apabila abang Yassin pasal ada 4 jenis kawan saya teringat pesan mak saya juga. inti maksudnya sama. Isyaallah saya akan terus semat di sanabari saya.Pendekar senja, Melayu art yang disebut saya ada menyusuri perjalanan tersebut dan yang menulis adalah berasal dari Kedah.Merah Silu.Saya akan teruskan perjalanan pencarian dan jejak kasih..
hati semakin sayu ,
hati semakin rindu,
hati semakin terang,
Ya ALLAH,
Aku mencari asal usulku,
Aku mencari saudara ku,
Aku mencari keluarga
Menghilang...
berdiam....
Mengerti...
Atuk....
perjuangan mu
ketabahan mu
keagungan mu.
kejayaan mu
cerita mu
cucu mencari kepastian
cucu mencari kepastian
cucu mencari kasih yang hilang
cucu mencari pedoman
risau putus perhubungan
jauh perjalanan
jauh cabaran
Melayu dait biduanda lingga
Seribu cerita jalannya.
janganlah lama hilangkan alurnya
putik bunga baru nak berbuah
putih kasih mencari kasih
sambut putik nak ranum buah.
moga pokok satu rumpun akarnya..
amin YA ILAHI...
Petang sebelum pulang saya duduk berbual dengan Pak Don kampung. terima kasih dengan amanat dan pesanan beliau. Baru saya kenal Mak Yah (Mak Dak Wan)adik Pak Don yang bungsu.
*intipati.
orang zaman dulu kalu dok berbincang akan buatkan jawapan,zaman sekarang bincang akhirnya kosong. renungan dan ingatan buat saya. terima kasih dan MOGA KAMPUNGKU SAYANG AKAN NAIK SEMULA. amin amin Ya ALLAH
*intipati.
orang zaman dulu kalu dok berbincang akan buatkan jawapan,zaman sekarang bincang akhirnya kosong. renungan dan ingatan buat saya. terima kasih dan MOGA KAMPUNGKU SAYANG AKAN NAIK SEMULA. amin amin Ya ALLAH
No comments:
Post a Comment