Tuesday, December 27, 2016

UGIK bertaut kembali. Alhamdulillah Waris Bugis berkumpul dalam pertemuan Mesyuarat Agung Bugis Serumpun Pertama

Salam Ukwah
Salam Ugik





Lama blog ini menyepi. Alhamdulillah banyak perkara -perkara baik berlaku dalam sepanjang tahun 2016

1. waris bugis bertaut dengan Persatuan Melayu Bugis Serumpun. Waris bugis daripada pelbagai jurai berkumpul dapat  beberapa pertemuan sehingga tertubuh persatuan ini.Dokongan dan sokongan daripada YB Datuk Hassan Rahman, Pok Long Rahman Adam, Pak Kelana Jaafar dan Dr Jasmi maka zahir pertubuhan di bentuk secara sah.






Jurai daripada Tok Kepau, Tok Langgar,Tok Kesang, Penghulu Marshah,Tok Bahir, keluarga daripada persatuan Bugis Johor, keluarga daripada Singapore, keluarga Bugis daripada selangor dan beberapa jurai keluarga yang dapat hadir.

langkah pertama kesatuan warisan bugis dalam merapatkan ukwah kekeluargaan yang akrab.Mudah-mudahkan ianya akan terus berkembang

2. penemuan waris keluarga lubok cenderah yang terputus. Alhamdulillah keluarga lubok azree dan pak sedara zam dan yang lain sudah dapat dihubungi. Sekarang dalam mengatur pertemuan demi pertemuan bagi merapatkan keluarga asalnya daripada kampung serkam darat tercinta

3. Merangka penzahiran salahsilah keluarga serkam darat supaya ianya tidak putus di telan zaman. orang tua kampung semakin berkurang dan Abang Amir mencadangkan pertemuan dan tahlil akan dibuat pada hari raya tahun hadapan 2017. pembentukkan jawatankuasa telah dibuat dan semoga ini menjadi kenyataan.

salahsilah bahagian permulaan saya berpaut pada Dr Jasmi yang dapat menyambungkan data dan maklumat daripada kepulauan riau. dan kini dalam penyusunan data di bahagian bawah bagi melengkapkan salahsilah keluarga serkam darat dan mengangkat Datuk Langgar sebagai pembuka kampung.. Sejarahnya akan terus dizahirkan dan usaha akan diteruskan.

No comments:

Post a Comment