salam ukwah , salam daeng dan silaturrahim pada semua. kali nie saya nak coretkan beberapa perkara yang agak menarik minat semua. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dengan perkongsian maklumat.
1. Hubungan 5 daeng dengan negeri sembilan dan
2. hubungan daeng marewah dengan kerajaan negeri sembilan.
berpandukan cerita yang diberi 5 daeng ini ke johor dan menyerang kerajaan pada hari yang sama raja Malewar naik tahta kerajaan negeri sembilan.kenapa hari yang sama. mengikut ceritanya lagi kerana negeri sembilan dahulunya dibawah tahta kerajaan johor dan dengan ini maka ia dapat tubuh sebuah negeri sendiri.
linggi dijadikan laluan orang-orang bugis untuk laluan ke johor.menarik juga.
2. Hubungan daeng marewah dengan raja malewar juga dikata mempunyai talian darah dan keluarga daeng ini mempunyai keluarga daripada minang . saya rasa ada berkaitan dengan susur galur yang dicop bekas mufti negeri sembilan. ada menceritakan tentang raja melawar sama dengan daeng marewah. ismi hati ini rasa adalah 2 raja yang berbeza. tetapi persoalannya apa kaitan daeng marewah dengan bangkahulu dan raja malewar? persoalan juga.apa kaitan kawasan riau dengan daeng ini. ? persoalan lagi mungkinkah perjanjian awal antara mereka sebelum menyerang johor?teruskan pencarian
Yang pasti susur galur daeng marewah masih pudar berbanding 4 daeng yang lain. di manakah ia patut bermula?
sehari 2 nie saya dapat lagi maklumat dengan perkenalan rakan facebook berpandukan blog pencarian mereka merungkai sejarah asal keluarga.semoga saya bersemangat untuk teruskan perjuangan ini.
perlu ke muzium bugis, mendapatkan buku tulisan raja haji dan pergi berjumpa penyimpanan teromba daeng marewah ini. moga Allah permudahkan lagi urusan. amin