Salam Ugik...
Salam Ukwah
Salam kekeluargaan
MEYUSUN SALAHSILAH KELUARGA / TEROMBA KAMPUNG
2/1/2017(Isnin)
(6 Petang)
Alhamdulillah dapat duduk berborak cerita dengan Pak Don antara orang lama kampung.Walaupun ringkas dan singkat banyak yang dikongsi bersama. .
Bercerita mengenai sejarah kampung. Pak Don/ Pak Ngah telah duduk mendapatkan maklumat daripada Pok de Ibab/YBhg Datuk Ibab selama 13 tahun, banyak perkongsian cerita datuk nenek dahulu diperolehi.
Pokde Ibab lebih mengenali Tok Langgar berdasarkan cerita yang dekat dengan beliau. Tok Majid anak beliau Tok Abu husin merupakan jalur keluarga yang dekat dengan Tok Shaban.
Tok Langgar
Tok Shaban
Suri
Majid
Abu Husin
Ibab
Tok Majid pula satu satunya mempunyai kereta dizaman beliau hidup di kampung. dan beberapa cerita dikongsi antaranya menyorokkan kereta dizaman jepun dan keretanya dihidupkan dengan pemutar.
Pokde Ibab boleh mengaitkan seluruh kampung dengan jalinan keluarga. cucu siapa cicit siapa belah mana dan sebagainya.
Akhir pertemuan Pak Adon memberitahu kisah kampung sejarahnya banyak pada Pokde Ibab berbeza dengan teromba yang dibuat oleh Cikgu Mat yang diwasiatkan kepada anaknya.CIkgu Mat menyalin dan membuat teromba kampung Berbeza dengan sejarah kampung yang diceritakan oleh Orang Tua Majid kepada ayah dan Pok de Ibab sendiri.
Teromba yang dibuat oleh Cikgu Mat Dagu tidak disebarkan kepada waris kampung dan maklumat tersebut tidak pastikan ceritanya. Andaian saya.Mungkin cikgu ada asasnya. tak pasti kenapa.Arwah Abang Yassin berpesan supaya kita rapatkan yang dibawah dan jangan difikirkan jurai yang diatas.
ada logiknya kenapa.
1. nasabnya betul tepat dan jika silap pembuat teromba yang menanggungnya
2. usia teromba tidak terlalu jauh dengan zaman sekarang. Dibuat sendiri oleh Cikgu Mat Dagu
3. Sejarah Pokde Ibab dengan dengan sejarah kampung yang diwarisi olehnya dan ayahnya.
PERTEMUAN PAK JAAFAR KELANA Sungai Rambai.
1/1/2017(Ahad)
11 pagi
Pertemuan Ukwah dan silaturahim yang akrab. Alhamdulillah Kami disambut mesra daripada Pak Jaafar dengan kediaman beliau. demi keluarga beliau menangguhkan ke majlis kahwin .terima kasih Pak Jaafar.
Pusingan pertama Pak Jaafar menceritakan asal usul keturunan bugis yang wujud di melaka /Johor
dan berkait dengan Tok Langgar.
Kesimpulan perjumpaan Abang Amir, saya dan wan akan menyusun semula periodi zaman generasi supaya ianya benar dan menyakinkan.
Insha ALLAH pertemuan seterusnya dengan Cikgu Tahir dan Pak Jaafar |Kelana..
moga ALLAH permudahkan..