SALAM DAENG BUAT SEMUA.
PERTEMUAN PEGAWAI DAERAH, DATUK YB KAWASAN,DATUK PENGHULU SERKAM WARIS DAENG TOK LANGGAR DAN PEGAWAI PERZIM MELAKA(MUZIUM NEGERI)
Saya wakil kepada cucu cicit Tok Langgar mengucapkan terima kasih kepada YB KAWASAN SERKAM yang banyak membantu kepada permulaan pencarian DAENG di serkam darat /serkam .
Selama ini banyak cerita dan maklumat tidak direkodkan sehinggalah beberapa usaha penggerak seperti Pok long Ibak, Arwah Bang Yassin (anak Mat Dagu) Cikgu Tahir, Dr Jasmi , Pak Talib, dan beberapa nama lain merekodkan secara bertulis jurai salahsilah keturunan.
selangkah lagi kita menuju kepada MENGANGKAT usul cerita Tok Langgar ini dan sejarah penempatan kampung yang kami sayangi ini.
Hasil Pertemuan dengan Pegawai DO, YB dan Pegawai Muzium Melaka ini antaranya
1. Mengangkat sejarah Tempatan Serkam sebagai salah satu lagi kawasan perlancongan yang boleh diketengahkan
2. Pihak Muzium memerlukan kertas kertas sejarah penempatan serkam yang mempunyai sejarah dan fakta yang boleh diketengahkan .Ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan
3. Mengangkat sejarah Tokoh dengan cerita dan maklumat salahsilah keluarga yang boleh dikaji oleh pihak Muzium.
Agak menarik dan saya memerlukan beberapa saudara yang ada kelapangan untuk membantu menjayakan usaha ini dilaksanakan dengan kadar segera.
Kearah mengumpulkan semua orang tua keluarga dan yang memegang salahsilah Tok Langgar mempunyai peluang yang cukup cerah. Kita berdoa semoga ianya dipercepatkan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Selain dapat juga menubuhkan persatuan daeng serkam melaka boleh dilakukan .
terima kasih En syukri Perzim dan moga ini bukan pertemuan akhir dan kami akan terus memberi maklumat dan membantu tuan dan kami mengenali sejarah asal usul kami.
Terima kasih juga kepada YB dengan bantu YB ini amat bermakna bagi kami .....
Ayah Aji Md Shah My Brother TQ dengan ikan bakar abang yang sedap...
oh ye kepada tuan Razlan Zahidi port Klang saya rasa perlu berjumpa tuan untuk satukan cerita daeng ini. Bahagian tuan terang lagi bersuluh dan moga kami dapat satukan ceraian rumpun kami dengan tuan...
setakat ini yang saya kongsikan kepada semua. terima kasih dengan sokongan dan kunjungan semua untuk blog ini..... salam ukwah daeng daripada saya
ASSALAMMUALAIKUM WRT............
Daeng Marewah, Tok Langgar Dan Kg Serkam Darat.3 nama yang penting dalam pembukaan kampung ini. Semoga blog ini dapat menjalinkan hubungan persaudaraan yang terputus dan jauh menjadi bersatu kembali.
Tuesday, February 25, 2014
Sunday, November 3, 2013
kubur Tok langgar
Dalam kerja membersihkan kubur Tok Langgar, saya memperolehi khabar berita gembira dimana makam Tok Langgar.Setelah penceritaan kubur siapa,maka datang abang Jis tukang masak kampung.
Yang menarik beliau merupakan anak angkat arwah nek timah keluarga pok long Ibab.siapa pok long ibab?beliau merupakan pemilik tanah kubur tok langgar.
Panggil jer bang Ajis semua kenal.pedoman kubur tok langgar ialah ditengah-tengah perkuburan yang ada dan selari dengan pokok jering tua.
Penerangan beliau kepada semua.walaupun Pak Don mempunyai cerita lain sebagai penjaga kawasan tersebut.
Cuma bila di lihat batu nisan baru berusia 40 an yang dulu nisan menggunakan kayu.
Semoga ianya terus menemui jawapannya

Saturday, November 2, 2013
Gotong royong kubur Tok langgar,serkam Melaka
Alhamdulillah, dapat juga laksanakan gotong goyong kubur Tok langgar.terima kasih dak wan, Pak Don ,dak mir,acoi, pak jamil , che mat dan semua.kerja kerja pembersihan dapat dijalankan dengan jayanya.
Sunday, August 18, 2013
Coretan Daeng Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013
Assalammualaikum Dan salam UKWAH buat semua
Hari ini dah hampir separuh bulan syawal. syukur dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik untuk kita. semoga kita dijadikan hambaNYA yang diredhaiNYA.Amin
Dikesempatan suasana hari raya aidiftri ini, saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. maagf segala kesalahan dan dosa saya kepada tuan puan selama ini.

Tiada bahan yang menarik buat seketika ini dengan kekangan kerja dan suasana raya yang sibuk. ada sedikit ruang ini saya dimaklumkan kedatangan kurator daripada muzium melaka sedang mencari sejarah Tok langgar dan dimaklumkan beliau sudah mengambil nombor telefon saya. malang tiada sebarang panggilan daripada beliau. Tak pe bagi saya dengan ada orang yang layak sebegini dapatkan saya menumpang pencarian sejarah bugis Tok Langgar dengan kaitan nama Daeng Marewah dan Bugis Anak Serkam Melaka. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan
Selingan ini juga saya ingin mengucapkan selamat bermesyuarat kepada penduduk kampung serkam Darat pada 24hb malam nanti.Carilah kata sepakat demi masa depan semua. Adakah perpecahan ini sudah menjadi tradisi anak bugis serkam darat. sebut jer nama agak panas dengan perpecahan dan kurang kemajuan katanya. YA ALLAH satukan hati kami dengan ukwah sesaudara dan sekampung semua ianya dipermudahkan.Kenapa tidak menjadi ianya sebagai satu keluarga. Teringat cara Arwah ayah.Cara bukanlah langgau tetapi menasihati. Bagi saya biarlah kita jadi hebat sehebat Hang Jebat bila membicarakan perjuangan dan setia kawan dan jadilah Hang Tuah bila kila memimpin dan menguruskan perjuangan. Kejatuhan sejarah kehebatan pahlawan Melaka boleh dijadikan iktibar.Masanya akan sampai bersabar dengan dengan sabar orang beriman amin.... roda sentiasa berputar dan ALLAH yang menentukan .......
sebutjer serkam darat mesti ada pertandingan.Macam tak belajau dengan sejarah. kekadang tak nak fikir bila nak disoal di akhirat nanti.. pesanan untuk diri dan semua.
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS
bak kata arwah ayah ciannnnnn....... moga ALLAH merahmatinya... sayang ayah.
Satu lagi masa penubuhan Belia 4B kampung. bila sebutnya nama kampung konfirm negeri tak proses. mujurkan Kekanda Nizam , Zuri dan YB kita membantu..lulus juga. Mohon maaf kepada semua jawatankuasa saya cuba membantu.. agak sibuk sedikit semenjak dua menjak nie.....
Kepada semua jika sudi jemputlah datang kerumah. Rumah sentiasa terbuka tuk tuan puan . cuma mohon maklumkan dahulu. maklumlah setiap hujung minggu ni banyak urusan. kawin adik ipar anak buah menghantar jadi orang sebelah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... amin dan terima kasih ALLAH dengan keizinanNYA dan dipermudahkanNYA..
tuan tuan boleh add saya di facebook Pak Cat atau leeq79@yahoo.com. nanti saya sendkan no tel....
SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI kepada semua.
Tuesday, April 16, 2013
Sebagai rujukan semua dan berkongsi pandangan saudara daeng yang lain
Assalamualaikum & AGA GEREBA!! Selama 10 tahun saya telah menjejaki keluarga Datuk Langgar bersama pemegang salasilah waris raja Johor YM Datuk Abd Lah Awang II dari Istana besar Johor, saya ditugaskan untuk merungkai waris Daeng Merewah dan saya cuma boleh bagi anda melihat salsilah yang cuma 80% siap sebelum semuanya digabungkan semula kepada 5 Daeng Bersaudara di Johor kelak.. kepada yang berminat boleh lihat di http://www.myheritage.com/site-191546741/salasilah-keluarga-datuk-langgar atau boleh add saya di www.facebook.com/9W2MCX wasalam. on DATA Keluarga Daeng. Panduan kepada semua yang nak update keluarga

Gambar Makam Tok langgar Serkam Darat
Coretan Daeng kali ini adalah ringkas dan ingin berkongsi dengan saudara lain berhubung makam Tok Langgar. Memang agak kurang terjaga dan ini adalah sambungan pada penjaga makam dan pesanan Tok sendiri. Sekarang rasanya dan lebih 7 juntai pecahan dan usaha menjadikan warisan bugis harus di kekal dan dibuat semua.
PERGINYA ARWAH ABANG YASSIN MAT DAGU' Coretan Daeng
ALFATIHAH.........
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatnya di kalangan orang yang beriman.
Hajat beliau bagi melaksanakan perjumpaan keluarga cucu Tok Langgar Serkam Darat tidak kesampaian. Beliau adalah pencari dan antara memiliki teromba @salahsilah keluarga belah Tok Suri Tok Langgar.

Apa-apa pesanan arwah abang akan saya ukirkan buat tatapan generasi kami dan semoga usaha ini tidak terlambat .Entah dengan siapa yang mudah bagi kami anak muda ingin berjumpa.
Subscribe to:
Posts (Atom)