Wednesday, February 6, 2013

BUKU ANAK WARISAN BUGIS SERKAM MELAKA. dan cerita terkini daeng


 BUKU ANAK WARISAN BUGIS SERKAM MELAKA, coretan daeng kali ini.


Assalammualaikum saudara daeng dan semua.

Pertemuan secara tidak langsung dengan seorang yang mengumpul bahan sejarah Anak Bugis Serkam baru baru ini amat membanggakan. Banyak  maklumat baru yang diceritakan dan tidak menjangka beliau sudah menulis hampir 3 per 4 sebuah buku Sejarah Anak Bugis Serkam Melaka.

Banyak sangat rahsia demi rahsia .Sedikit demi sedikit baru ku faham akan pengertian rahsia ini.Tetapi penulis bersetuju supaya rahsia ini didedahkan dan ianya sudah menjadi sejarah lalu.Maklumat sejarah ini tidak akan lenyap jika usaha usaha mendokumentasikan bahan  dan maklumat dilakukan.

Sebelum ini cerita Sultan Johor ke Serkam dihurai satu persatu dan penjelasan belaiu telah menjelaskan semuanya.Mat Bam satu nama yang biasa ku dengar dari kecil.Pertalian dengan cerita kedatangan Sultan Johor amat sinonim .katanya sekitar tahun 50an jika tidak silap.Amat menarik ceritanya. Akhir dikuburkan ceritanya.Maklumat ini amat berguna. Pada asal maklumat daripada Bondaku, Nenek Ngah Arfah  dan sekarang tambahan Tok Mat Bam  mempunyai sambungan maklumat ceritanya..Kejadian  jemputan jamuan menguatkan kenapa datuk nek menyuruh menyimpan rahsia. Sangat-sangat menarik.Penulis menerangkan beliau  bukanlah salah seorang  waris anak cucu Tok Langgar tetapi sudah berumahtangga dengan anak cucu Tok Di Serkam ini.Bukunya nanti tidak mempunyai  cerita yang memberatkan mana-mana pihak Tambahan ,penulis memohon kubur Tok Langgar di jaga semula  dan dijadikan sebagai bahan warisan  sejarah bugis Serkam  Melaka.

Satu lagi cerita  cerita pertalian perang jementah ,cerita perang bukit larang,Perang linggi, Tok langgar  panglima perang membantu , kaitan dengan daeng di kedah menambahkan cerita dan maklumat buat diri ini.Cuma magrib memanggil terpaksa aku menangguhkan pertemuan bersama beliau.Beliau juga mempunyai blog sendiri pertalian sejarah dan maklumat akan dilink bersama nanti.semoga gabungan maklumat  ini dapat menyudahkan rahsia sebenar serkam kampung tercinta ini...

 Lain lak pula cerita pak dara aku seorang ini.Mejar pula berminat dalam penubuhan  persatuan anak- anak bugis Serkam dan inginkan maklumat salahsilah daeng daripada Tok Ibab. katanyee selalu dok mengambil bahan dan maklumat daripada  Abang Tok Ibab, Abang Karim rasanya.

Setakat ini banyak lagi perjalanan cerita ini.Aku masih mengharapkan komuniti penggerak  berjaya ditubuhkan mungkin setelah tertubuhnya Persatuan Anak-Anak Bugis Serkam kot.Mudah mudahan...Bagi aku x kira daripada cucu  temenggungke atau Bendahara janji  sejarah ini di ukir semula dan takkan luput dek zaman untuk tatapan anak cucu cicit nanti....

Sekian  dahulu coretan cucu daeng yang kerdil  ini ... MOGA ALLAH MEMPERKENANKAN HAJAT KU INI. AMINNN..........

8 comments:

  1. Saya juga dari susur galur daeng marewah.Kami sekeluarga pernah menghadiri gatheringg raya Di manjung sekitar 5 tahunn dulu yg mengumpulkan keturunan daeng marewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa rizal karim ni,kita sama2 ada di dewan mpm masa tu....

      Delete
    2. rasanya thn 2009...nnti nak tgk blk gambar2

      Delete
  2. terima kasih tuan. salam ukwah daripada saya dan keluarga daeng dari serkam melaka,dengan adanya perhubungan ini maka dapatlah saya dan yang lain merapatkan perhubungan dengan saudara daeng yang lain. mohon email nombor telefon ke leeq79@yahoo.com atu puyubetuk@gmail.com. saya akan balas semua. tuan boleh add di facebook saya di leeq79@yahoo.com atau cari nama Pak Cat. insyaALLAH saya cuba beri no tel di sana. terima kasih sekali lagi.
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kita bersama maju kan Bugis.
    Banyak nya cerita Bugis.

    ReplyDelete
  5. Mari kita terus ke dapan maju kan Bugis.

    ReplyDelete
  6. Assalam.. aga kareba sappoh.
    Allahuakbar...
    Sejarah bugis tidak boleh di lupakan.. tak ada bugis tak ada raja2 melayu.. tak ada bugis tak ada malaysia.. bugis sudah ada di tanah melayu sejak kesultanan melaka lagi dan bugis jugalah meneruskan kesultanan melaka dan raja2 melayu di malaysia.
    Aamiinn

    ReplyDelete