Tuesday, April 16, 2013

Sebagai rujukan semua dan berkongsi pandangan saudara daeng yang lain



Assalamualaikum & AGA GEREBA!! Selama 10 tahun saya telah menjejaki keluarga Datuk Langgar bersama pemegang salasilah waris raja Johor YM Datuk Abd Lah Awang II dari Istana besar Johor, saya ditugaskan untuk merungkai waris Daeng Merewah dan saya cuma boleh bagi anda melihat salsilah yang cuma 80% siap sebelum semuanya digabungkan semula kepada 5 Daeng Bersaudara di Johor kelak.. kepada yang berminat boleh lihat di http://www.myheritage.com/site-191546741/salasilah-keluarga-datuk-langgar atau boleh add saya di www.facebook.com/9W2MCX wasalam. on DATA Keluarga Daeng. Panduan kepada semua yang nak update keluarga

Gambar Makam Tok langgar Serkam Darat

Coretan Daeng kali ini  adalah ringkas dan ingin berkongsi dengan saudara lain berhubung makam Tok Langgar. Memang agak kurang terjaga dan ini adalah sambungan pada penjaga makam dan pesanan Tok sendiri. Sekarang rasanya dan lebih 7 juntai pecahan dan usaha menjadikan warisan bugis harus di kekal dan dibuat semua.






PERGINYA ARWAH ABANG YASSIN MAT DAGU' Coretan Daeng

ALFATIHAH.........
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatnya di kalangan orang yang beriman.
Hajat beliau bagi melaksanakan perjumpaan keluarga cucu Tok Langgar Serkam Darat tidak kesampaian. Beliau adalah pencari dan antara memiliki teromba @salahsilah keluarga belah Tok Suri Tok Langgar.

Apa-apa  pesanan arwah abang akan saya ukirkan buat tatapan generasi kami dan semoga usaha ini tidak terlambat .Entah dengan siapa yang mudah bagi kami anak muda ingin berjumpa.

Thursday, April 11, 2013

Coretan Daeng 12 April 2013. Talian Darah Daeng@ Embah Marewah

Assalammualaikum wrt.

Salam Daeng Buat semua saudara daeng dan tuan tuan. Alhamdulillah ada kesempatan masa saya mengemaskini blog yang biasa ini dengan harapan ALLAH memberkati usaha pencarian salahsilah@ teromba @jurai keturunan Daeng Marewah dibawah Jurai TOK LANGGAR.jurai ini juga antara jurai yang kabur dan pencarian demi pencarian dilakukan.

Teringat masa mula-mula pencarian dahulu.Tok Sidang ada menceritakan perlukan perbelanjaan yang besar@ besau bagi mengadakan majlis pertemuan antara orang-orang kuat @lama keluarga jurai ini. Paling tidak 2 @ 3 ekor lembu tumbang. mmmmmm. cabaran bagi saya.

Asrol terima kasih dengan bantuan dan kerjasama tuan dan usaha pengerak dalam pencarian ini. Wan dan hanafi pun terima kasih membantu. kerjasama yang lebih saya perlukan dengan cucu cucu Tok Langgar untuk kita gerakkan pencarian ini. Ramai orang orang lama dalam keluarga ini berpangkat tinggi dan orang berada. InsyaALLAH  program pertemuan ini boleh dijalankan dengan jayanya.

Saudara Iskandar selamat datang dan harapan pertalian cucu daeng tidak putus dan yang lain terima kasih juga. Jika sebarang maklumat harap maklumkan kepada saya . Ohh ye FACEBOOK boleh cari Pak Cat dan maklumkan kepada saya sebarang perkongsian. Kak Sang Kira Buana dan yang lain terima kasih juga info dan maklumat yang berikan.

Ohh ya, makluman semua dan iskandar, saya tidak sampai termimpi-mimpikan tok langgar dan sedikit cerita yang saya ingin kongsikan  berkenaan mimpi. Sebenarnya dikampung kami memang sudah ditugaskan seorang bagi menjaga makam Tok Langgar. Namanya Pak Adon.Saya dimaklumkan bahawa beliau rajin membersihkan makam dan sehingga satu hari. Beliau memberitahu dalam seorang tua menyuruh makam itu biarkan dan jangan dibersihkan. Tambahan sehingga Beliau demam seminggu.

Kami sekampung sedia maklum dan saya bercadang bagi menjaga makam Tok Langgar ini perlu dibersihkan dan dijaga. pertemuan pertama  komuniti Tok Langgar akan diteruskan dengan penubuhan Persatuan Anak Daeng Marewah Serkam Melaka.. Harap ia dapat dilakukan  dalam masa terdekat. mungkin selepas pilihan raya.

Semua mungkin tidak pernah melihat bendera pahlawan Daeng semasa perang dahulu. ini saya kongsikan gambar bendera kapal pahlawan Daeng dahulu semasa Raja Haji, dan kemungkinan Tok langgar kita merupakan orang kuat istana dan raja turut serta.
yang original kat luar negara dok simpan.kita simpan gambau jer.. cukup buat setakat ini dahuu nanti saya sambung jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rekzi. Amin dan salam sayang buat semua saudara daeng..
Moga bertemu lagi .....Assalammualaikum wrt.