Assalammualaikum wrt.
Salam Daeng Buat semua saudara daeng dan tuan tuan. Alhamdulillah ada kesempatan masa saya mengemaskini blog yang biasa ini dengan harapan ALLAH memberkati usaha pencarian salahsilah@ teromba @jurai keturunan Daeng Marewah dibawah Jurai TOK LANGGAR.jurai ini juga antara jurai yang kabur dan pencarian demi pencarian dilakukan.
Teringat masa mula-mula pencarian dahulu.Tok Sidang ada menceritakan perlukan perbelanjaan yang besar@ besau bagi mengadakan majlis pertemuan antara orang-orang kuat @lama keluarga jurai ini. Paling tidak 2 @ 3 ekor lembu tumbang. mmmmmm. cabaran bagi saya.
Asrol terima kasih dengan bantuan dan kerjasama tuan dan usaha pengerak dalam pencarian ini. Wan dan hanafi pun terima kasih membantu. kerjasama yang lebih saya perlukan dengan cucu cucu Tok Langgar untuk kita gerakkan pencarian ini. Ramai orang orang lama dalam keluarga ini berpangkat tinggi dan orang berada. InsyaALLAH program pertemuan ini boleh dijalankan dengan jayanya.
Saudara Iskandar selamat datang dan harapan pertalian cucu daeng tidak putus dan yang lain terima kasih juga. Jika sebarang maklumat harap maklumkan kepada saya . Ohh ye FACEBOOK boleh cari Pak Cat dan maklumkan kepada saya sebarang perkongsian. Kak Sang Kira Buana dan yang lain terima kasih juga info dan maklumat yang berikan.
Ohh ya, makluman semua dan iskandar, saya tidak sampai termimpi-mimpikan tok langgar dan sedikit cerita yang saya ingin kongsikan berkenaan mimpi. Sebenarnya dikampung kami memang sudah ditugaskan seorang bagi menjaga makam Tok Langgar. Namanya Pak Adon.Saya dimaklumkan bahawa beliau rajin membersihkan makam dan sehingga satu hari. Beliau memberitahu dalam seorang tua menyuruh makam itu biarkan dan jangan dibersihkan. Tambahan sehingga Beliau demam seminggu.
Kami sekampung sedia maklum dan saya bercadang bagi menjaga makam Tok Langgar ini perlu dibersihkan dan dijaga. pertemuan pertama komuniti Tok Langgar akan diteruskan dengan penubuhan Persatuan Anak Daeng Marewah Serkam Melaka.. Harap ia dapat dilakukan dalam masa terdekat. mungkin selepas pilihan raya.
Semua mungkin tidak pernah melihat bendera pahlawan Daeng semasa perang dahulu. ini saya kongsikan gambar bendera kapal pahlawan Daeng dahulu semasa Raja Haji, dan kemungkinan Tok langgar kita merupakan orang kuat istana dan raja turut serta.
yang original kat luar negara dok simpan.kita simpan gambau jer.. cukup buat setakat ini dahuu nanti saya sambung jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rekzi. Amin dan salam sayang buat semua saudara daeng..
Moga bertemu lagi .....Assalammualaikum wrt.
No comments:
Post a Comment