Coretan daeng kali ini tidak banyak maklumat dan input cuma ALLAH telah mempertemukan kita dengan saudara saudara daeng yang lain menerusi facebook. Syukur padaMu ya ALLAH.ALHAMDULILLAH
Kepada yang telah mengikuti blog daripada awal lagi kita telah memperkemaskinikan blog bagi mengelakkan sebarang salah faham dan tafsiran.
Terperanjat apabila bertemu dengan seorang kakak ini dan berpesan jangan jadi seperti SI KITOL. sape dia saya pun tidak pernah mendengar cerita dan namanya.Mungkin kakak tersebut kurang paham ape dia Blog ini.BLOG sejarah keluarga sejarah kampung. cuma pudar-pudar maklumatnya.mula mula tergelak sebab macam lucu nama dia.bila dijelaskan baru tahu ape dia yang saya share kat Facebook . itula kisahnya.
KAMPUNG SERKAM DARAT mempunyai ikatan keluarga yang menyeluruh dengan DARAH BUGIS dan mengikut fahaman kami, kamilah cucu cicit daeng Marewah. inilah yang diceritakan oleh tok nenek kepada kami. secara lisan bolehlah difahamkan tetapi dimana faktanya.Dalam usaha ini, ada pelbagai pendapat dan mudah-mudahan dengan pendapat itu, kami temui cerita yang satu.
Arwah Ayah ada memberitahu bahawa dalam satu kampung ini semuanya saudara kamu dan cuma 2 keluarga yang datang daripada luar dan bukan daripada keluarga Bugis.
Jika dipermudahkan lengkap salahsilah ini bermaksud lengkap rumpun Daeng di Kampung Serkam Darat ini. semoga usaha ini dapat diredha ILAHI dan dirahmatiNYA
Tujuan blog ini adalah untuk menyusuri salahsilah dan sejarah keturunan dan disamping merapatkan keluarga lain yang terputus hubungan lama dan akhirnya barulah lengkap susurgalur kami di Serkam Darat Melaka ini.Sehingga hari ini pelbagai usaha dilakukan oleh Datuk Talip Md Zin , Poklong Ibab , Abang Amir dalam menyusuri keturunan Daeng ini.Yang saya tahu belah nek Wan, ramai keluarga di sebelah Semerah. boleh dikatakan penuh rumah nek Wan bila raya. cuma saya yang muda-muda ini tidak beberapa kenal lagi.