Friday, February 24, 2012

Kedatangan Sultan Ibrahim di Serkam Darat, Merlimau Melaka

Assalammualaikum dan apa kabau semua saudara daeng dan pelawat blog. 

Menarik juga fakta yang saya perolehi sebelum ini. Terima kasih asrol mengenai tarikh kemangkatan Tuanku. kalu bukan  sekitar 60an peristiwa ini berlaku,ia berlangsung hujung tahun 50an.. kenapa Tuanku hadir ke Kampung Serkam saya kurang pasti. yang pasti ada kaitan dengan kubur tersebut dan makam Tok langgar. Baginda mungkin mencari saudara dan anak cucu kekanda beliau daripada daeng marewah. berkemungkinan juga Baginda datang untuk ziarah saudara daeng yang datang daripada keluarga daeng Chelak(berdasarkan maklumat saudara Asrol kita).Dan ketika itu nenek ARA  juga ingin menubuhkan persatuan.

Kenapa saya katakan sekitar tahun tersebut, bonda ada meyatakan bahawa umurnya masih darjah 3 atau 4 dan sekarang umur bonda dalam 70an.Dan Arwah Nenek ARA sendiri masih hidup. Saya tiada kesempatan berjumpa dengan beliau dan yang setahu saya nenek menginggal di Makkah.

Ianya menjadi satu lambang sejarah kami disini dengan lawatan Baginda ke serkam darat. yang pasti coretan sejarah ini telah luput ditelan zaman. sejarah bertulis saya belum jumpa tetapi maklumat daripada bonda saya sendiri.Maklumat sebegini yang perlu direkod dan disimpan kerana bukti lisan amat penting kerana ianya tidak direkod. Seperti pemegang teromba atau salahsilah juga penting diwarisi kerana jika tiada pewarisnya maklumat pada salahsilah tersebut akan lenyap dan anak cucu akan terus hilang maklumat berhubung asal usul keluarga.

kenapa saya bersungguh hendak berjumpa dengan  rumah arwah pengarah pendidikan kerana maklumat detail dan mengikut maklumat abang razif saya lagi , arwah selalu travel dan berjumpa dengan ramai keluarga daeng seluruh malaysia.masih belum berkesempatan lagi  jejak kasih ini.

Saya masih nak mencari kesahihan adakah pendapat asrol betul dan pertemuan dengan pemegang teromba seperti Anak mat Dagu, Datuk Ibab, Datuk Talip Md Zin,Arwah Pengarah Pendidikan Melaka(Maklumatnya sangat detail) Pak Syeikh (pulau besau kerana ada maklumat berkenaan Salahsilah daeng berlima).

persoalan kenapa jika teromba @salahsilah mereka ini sahih tidak diwartakan atau disahkan.jika semua pemegang teromba tiada siapakah akan meneruskan menyalin maklumat anak cucu rumpun daeng di Serkam Darat atau amnya di Melaka.

Salahsilah ada sepi ini mempunyai sejuta ceritanya dan  kenapa ia begitu sahaja cuma mereka pemegang teromba mempunyai jawapannya. bagi saya, setidak -tidaknya janganlah kami yang bawah dan muda ini hilang maklumat dan pedoman bagi menyusuri keturunan ayah mak kami.

Pandangan Pak tunggal dalam menghimpunkan keluarga Mat Cantik menjadi panduan saya membina perbentukan rumpun keluarga daeng di Kampung Serkam Darat, melaka ini dan isyaALLAH boleh kita panjang-panjangkan.

Pertemuan waris anak serkam yang lalu telah mengumpulkan orang kuat waris daeng antara Datuk Rahim Nor(bekas Ketua Polis Negara), Datuk Talip Md Zin( Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Sarawak) Datuk Ibab(Bekas Orang Kuat TNB) dan sebagainya. Majlis Golf Anak Serkam.pengeraknya abang kelon , bang mir dan saudara yang lain.

Coretan Daeng. 24 februari 2012

Mengikut kata bonda saya, sambil minum petang ceritanya kedatangan Sultan Ibrahim (Raja Johor) berlaku pada usia beliau darjah 3 @ 4.Ia berlaku pada pada sekitar 60an dahulu.kata Bonda lagi ketika lawatan raja di sekitar kubur tidak bernama di nisannya(ada sekitar 5 buah semuanya)l. lokasinya di rumah kak timah balok.Nenek telah sepakat dengan keluarga lain membuat persatuan. mungkin persatuan daeng la .

Kenapa tidak terlaksana saya tidak pasti dan cerita yang saya dengan setakat itu sahaja.Maklumat sebegini akan terus saya perolehi dan kumpulkan dalam blog sehingga semuanya dapat membantu ianya selesai. Dan salahsilah kampung dan teromba kampung akan terus terungkai..... siapakah kami ini.. Menjejak asal usulku

Saya juga akan turut menyeletkan cerita jenaka rakyat kampung yang dipelopori oleh Pok Long Bidin.Pok Long saya ini mempunyai cerita yang kelakar dan tidak terjangkau ceritanya. boleh kata seperti tukang karut kampung. Ceritanya menjadi ingatan kami budak budak muda dikampung. sebut sahaja cerita pok long semua orang tahu.... nanti sambung lagi dan saya bercadang ingin membuat blog khas untuk cerita jenaka ini.

Thursday, February 23, 2012

hubungan saudara daeng di Tedong, Melaka.Coretan daeng

Assalammualaikum wrt.

Hari tergerak nak cerita tentang perkaitan saudara tedong. sebelum ini sememangnya  bonda selalu menceritakan tentang saudara lubok, cenderah yang kuat kaitan sedaranya dengan kami di serkam darat. Arwah Tok Wan Daud dan Nek Wan(Belakang Kemas Serkam Darat) boleh dikatakan selalu dikunjungi sedara di sebelah sana. Tedong cuma kenal Arwah Paklang Sebelah Ayah saya dan memang setiap tahun mereka dan kami akan datang beraya. yang lain agak samar-samar. Rumah mereka di Tedong Baroh dengan dengan bengkel dak Bai @ area situ-situ jugak lak.Dak Madi dan yang lain-lain adik beradik kat sana kira rapat dengan kami.

Bonda pun membuka cerita tentang saudara lain yang ada disana. Bonda kata ada  saudara daeng di sana keluarga Nenek Saeden dan anaknya Nenek Saiyah dan anak cucu beliau.Raya juga boleh kata selalu datang raya kat rumah kami. cuma kurang perasaan yang mana satu.Rumahnya dekat rumah  Timah Hj Abas 

Menurut Bonda lagi, keluarga disana datang daripada jurai kami dan kaitan dengan kami Nenek kami NENEK HAJI  dengan adik beradik Tok Talib.Kena la sama-sama semak balik carta teromba keluarga kat blog. agak  pening sikit ceritanya.

So cuma agak kurang berjumpa dengan saudara disana dan hubungan daeng agak kurang dan jauh.

Begitula ceritanya.lepas ni nak ceritakan lagi pasal Kedatangan Sultan Ibrahim di makam/ kubur tidak bertulis nama di rumah Kak timah Balok dan cadangan penubuhan persatuan daeng dimasa itu oleh Nenek Ara Kami.... menarik  dan tungguuuuuu... 

Friday, February 17, 2012

persoalan bermain di minda-coretan daeng

kenapa semua pemegang teromba meletakkan  kami semua  datang Daeng Marewah. agak pelik bagi saya kerana ia bukan satu mainan dan gurauan. saya perlu lagi mencari kebenaran  yang asrol katakan  dan jawapan bagi semua penduduk kampung Daeng di Serkam Darat ini.  Abng Asrol ada berjumpa denngan anak mat dagu di serkam baroh tak. atau tuan ada memegang sebarang salahsilah daeng. saya nak juga satu. nak cari titik pertemuan kita ini.rasa semakin banyak info dalam usaha pencarian jejak asal kampung dan diri ini. Ya ALLAH permudahkan urusan hambaMU ini. Amin

Menarik..

Monday, February 13, 2012

maklumat Tok langgar.daripada saudara Asrol-Tedong

Opps, kita mungkin bukan keturunan Daeng Marewah sebab maklumat yang baru diketahui adalah seperti berikut:

Nama sebenar Tok Langgar adalah Raja Mohamad Said Bin Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad Bin Al Syahid Raja Haji Bin Daeng Chelak.

Adik beradik Tok Langgar 12 org:
1. Tok kejuak
2. Tok Jambi
3. Tok Kari
4. Tok Alam
5. Tok Akeh
6. Tok Langgar
7. Tok Kamat- macam  tahu
8. Tok Alun
9. Tok Ribut
10.Tok Pulau
11. Tok Dara (Perempuan)
12. Tok Raja Mamat - macam tahu

PERINGATAN KEPADA DIRI DAN SAUDARA DAENG YANG LAIN




Coretan daeng kali ini ingin menegaskan bahawa tujuan pencarian susurgalur ini ada bukan KERANA  tamakkan harta waris Daeng. Saya sendiri ingin memaklumkan bahawa pencarian ini ada bagi mencari waris dan hasnaf keturunan kami yang lengkap. mohon panduan dan bukan perkara HARTA. mohon sekali lagi. bila bertemu dengan saudara-saudara daeng dalam pertemuan perkara ini sering diungkitkan. Ada patut Atuk kami melarang daripada berbangga dengan darah raja ada benarnya. 

Saya dan kami di serkam Darat berhasrat dapat menyelesaikan teromba yang agak kabur di belah atas teromba kami ini. Semestinya kami menyatukan semula saudara Daeng kami yang lain yang telah terputus lama. mohon maaf jika terkasar bahasa pada semua.

Mungkin pihak muzium bugis dan pemegang teromba yang lain dapat membantu kami dalam salahsilah ini.

Adakah Sultan Ufuk Tan Boring ialah Upu Tandari Bureng Daeng Rilak

Datu Ratu Upu Tandari Bureng Daeng Rilak
(Salasilah dari TUHFAT AL-NAFIS oleh Al-Marhum Raja Ali Al-Haji Riau 1932)

1.Upu Daeng Parani1.Upu Daeng Menabon3.Upu Daeng Marewah4.Upu Daeng Chelak5.Upu Daeng Kumasi
Upu Daeng Chelak ibni
Upu Tandari Bureng Daeng Rilak
+ Tengku Mandak
(Yamtuan Kedua Riau)
1.Raja Haji2.Raja Lumu
(Sultan Salehuddin)
Sultan Selangor I
Raja Lumu
Sultan Salehuddin ibni Upu Daeng Chelak
(Sultan Selangor I)
1.Sultan Ibrahim
Sultan Selangor II
2.Raja Nala3.Raja Punuh4.Raja Sharifah

Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin(Sultan Selangor II)
1.Sultan Muhamad2.Raja Ismail3.Raja Ahmad4.Raja Yusof5.Raja Siah
6.Raja Siti7.Raja Aminah8.Raja Fatimah9.Raja Mariam10.Raja Maimunah
11.Raja Khatijah12.Raja Halijah13.Raja Abdullah
(Keturunan Sultan Selangor IV, V, VI dan sekarang)
14.Raja Haji15.Raja Abd Rahman
16.Raja Abbas17.Raja Salleh18.Raja Hussin19.Raja Usoh20.Raja Hamidah
21.Raja Syed

Radin Zainal Abidin (Lebai Kahar) Raja Mariam ibni  Sultan Ibrahim
1.Penghulu Shamsudin2.Hj Samad4.Bilal Omar5.Maduk

Bilal Omar bin Radin Zainal Abidin + ?
1.Zabedah

Maarof  bin Hj Nafiah + Zabedah bt Bilal Omar
1.Hamidah2.Shukor3.Hamid4.Amil5.Kabit
6.Syed7.Muhamad8.Diah9.Jemah

Amil bin Maarof
 + Asmah (Isteri-1)

Amil bin Maarof
 + Zaleha (Isteri-2)
1.Hj Ismail bin Amil2.Hjh Asiah bt Amil1.Md Diah bin Amil2.Md Latif bin Amil
.
Hjh Asiah bt Amil
+ Hj aksan bin Hj Ali
1.Hjh Aminah2.Hjh Hamidah3.Hafsah4.Hashimah5.Hasbiah
6.Umikalsom7.Khairi

Sumber:http://portalbugis.wordpress.com/

berpandukan carta ini dan pendapat asrol saya tergerak untuk mencari kepastian.maklumat  lain yang saya temui.

Cuma saya masih keliru adakah tok Longgar ini berkaitan dengan dengan Raja Haji Ketapang pernu . Kami agak keliru. kerana Raja Haji memang daripada Daeng Chelak daripada  Jurai sultan selangor dan kampung serkam darat pula dibuka oleh Tok langgar dan Makamnya ada disini dan kaitan dengan sultan johor.  terdapat 2 versi daeng di sini.(mohon rujuk kupasan  Haji Yahya)

Amatan saya,  Jika terdapat insan yang berbeza ini ada kemungkinan bantuan peperangan di ketapang pernu dan kerabat Raja Haji amat kemungkinan bantuan diberikan kepada serkam. Sedang mencari. Tidak pulak arwah ayah dan emak saya sekarang selalu menceritakan hal saudara di ketapang pernu melaka dan sejarah raja haji. Agak pelik kerana tidak ada  diceritakan dan digahkan perang di ketapang. mmmm. masih mencari lagi..

Maklumat Haji  Yahya juga ada menceritakan makam Raja Haji dan kami agak jauh dengan cerita Atuk Raja  Raji Haji. kenapa? Jika berkaitan kenapa kami tidak dibanggakan dengan kehebatan Datuk kami sebagai pejuang yang bekorban menentang portugis?

kenapa semua pemegang teromba meletakkan  kami semua  datang Daeng Marewah. agak pelik bagi saya kerana ia bukan satu mainan dan gurauan. saya perlu lagi mencari kebenaran  yang asrol katakan  dan jawapan bagi semua penduduk kampung Daeng di Serkam Darat ini.  Abng Asrol ada berjumpa denngan anak mat dagu di serkam baroh tak. atau tuan ada memegang sebarang salahsilah daeng. saya nak juga satu. nak cari titik pertemuan kita ini.rasa semakin banyak info dalam usaha pencarian jejak asal kampung dan diri ini. Ya ALLAH permudahkan urusan hambaMU ini. Amin

Menarik..


Haji Yahya Bin Hj Slamat berkata


Assalam mu’alaikum,
Saudara-saudara ku yg berketurunan Raja Haji Bin Daing Celak,sekiranya saudara-saudara ada menyimpan atau ingin mencari salasilah Raja Haji Raja Celak, bolehlah berjumpa Tuan Jaffar Bin Haron yg tinggal di Sungai Rambai , Melaka utk rujukan . Beliau ini merupakan keturunan Raja Haji Sahid Teluk ketapang dari jurai (Tengku) Raja Abdul Samad dan merupakan salah serang dari keturunan saya yg menyimpan salasilah lengkap keturunan Raja Haji. Jurai Salasilah saya dari nenek saya yang tertulis dalam salasilah simpanan beliau ialah :
YTM Raja Celak Daing Rilaga – YTM Raja Haji (Sahid Teluk Ketapang)Bin Raja Celak – (Tengku)Raja Ahmad Hitam Bin YTM Raja Haji alias Daeing Ibrahim Tok Sempang (Nama ditukar disebabkan pencarian Belanda keatas anak cucu Raja Haji Raja Celak Daeing Rilaga.Makamnya saya dah dapat cari dan dipastikan berada di Perkuburan Kampung Asam Kumbang(Serkam/Bemban) sudah terkambus disebabkan perkara2 kurafat yg dilakukan oleh mereka2 yg nak cari keuntungan dunia,insyaallah akan saya usaha perbetulkan kedudukan sebenar makam tersebut.) – (Tengku) Daeing Usman Bin (Tengku) Raja Ahmad (Memiliki beberapa isteri dan salah seorangnya keturunannya ramai menetap di Bemban Melaka, kampung halaman nenek saya) – Fakih Said Bin (Tengku)Raja Osman – Hawa Bte Pakih Said (Nenek Saya dari sebelah Ibu, Mariam bte Mustam).
Bagi mereka yg mengenali (Tengku)Daeing Osman Bin (Tengku) Raja Ahmad alia Ibrahim (Ihim) tlg berhubung dengan saya :
(Ustaz) Haji Yahya Bin Haji Slamat(Abu Nabil as-Sangapuri)-Singapura
No hp: +6596228453/0296228453
No rumah :+6564484276






Menarik maklumat daripada Daeng Asrol..Coretan Daeng

Mak sy pernah cakap masa zaman kanak-kanaknya arwah nenek saudaranya yg dipanggil tok enchek pernah bercerita pasal perang rokan. Sy anggarkan ketika itu tahun 1950an. Tok enchek adalah ibu saudara kpd datuk sy. Dan beliau adalah cicit kepada tok langgar sebelah tok puasa. Menurut mak sy, pada masa berlakunya perang rokan, tok enchek masih kanak-kanak. Perang Rokan berlaku pada tahun 1887 dan sy jangkakan usia tok enchek pd masa tu 7 atau 8 tahun dan boleh dijangkakan jugak belia lahir pada tahun 1880.
Tujuan sy berkata demikian adalah kerana hendak mengaitkan adakah tok langgar terbabit dengan perang rokan?.
Manusia dlm usia hayatnya boleh berkembang sehingga 4 generasi dalam tempoh 100 tahun iaitu sehingga cicit. Oleh krn tok enchek lahir pd 1880an, sy dpt andaikan jugak, tok langgar lahir pd tahun 1780an. (undur 100 tahun ke belakang).
Oleh itu sy boleh katakan Tok Langgar tidak terlibat dengan perang rokan krn telah meninggal dunia ketika itu. Sy rasa yg terlibat adalah anak dan cucu-cucu tok langgar.
Juga menarik dikaitakan dengan daeng marewah.
Daeng Marewah mangkat pada 1728. Oleh itu, anak daeng marewah hanya lahir pd sebelum tahun 1728 sedangkan tok langgar lahir pd 1780an. Beza masa 52 tahun, agak jauh tu. So, tok langgar mcm sudah terputus nasab dengan daeng marewah sbb kita mengaitkan tok langgar adalah anak kpd daeng marewah.
Jika benarlah tok langgar keturunan daeng marewah, sy lebih cenderung mengatakan tok langgar adalah cucu deang marewah.
Walaubagaimanapun, sy lebih cenderung berbeza pendapat dengan saudara puyu dengan harapan perbezaan ini akan bertemu dititik permulaan yg sama. Sbbnya sy lebih cenderung kpd daeng chelak sbb ada juraian keturunan sehingga tok langgar.

INI HANYALAH PENDAPAT SY SEMATA-MATA.

Monday, February 6, 2012

Coretan Daeng. 7 Februari 2012




Assalammualaikum. Hari ini tergerak nak coret sikit pasal perkembangan diri dan cerita daeng.Pasal perang rokan, pasal salahsilah yang senyap, bahasa bugis yang lenyap dimakan masa, kampung serkam darat, datuk langgar.

Nak sentuh pasal salahsilah Datuk langgar dan pembuka kampung yang bergitu lama sekali disekitar daerah ini.Kekadang betul juga kata asrol  kemungkinan beliau datang daripada Daeng Chelak. Pendapat beliau berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi.

Bagi saya  kenapa atuk kami daripada Daeng Marewah juga ada asasnya. ini kerana Setelah daeng Marewah menyerahkan tahtanya kepada adik daeng yang lain  beliau meninggalkan istana. anak beliau Datuk Langgar ini atau mungkin Beliau sendiri menyepi lantas  membuka kampung yang damai makmur ini. Semua  bukti dan carta daeng marewah ini bukan datang daripada satu sumber sahaja. Saya yakin dengan pengamatan abang Mir dan Abang razif dengan perjumpaan dengan pemegang teromba lebih daripada seorang.tambahan perjumpaan dibuat bukan sekadar di melaka sahaja tetapi seluruh malaysia.mohon panduan jika salah.

Sebab dalam nak mengubah salahsilah ini, rasanya bukan saya. kena jumpa semula pemegang teromba salahsilah yang abang abang saya jumpa. disitu ada jawapannya. Dan yang nyata pemegang teromba daeng dikampung ini bukan calang calang orang. beliau adalah orang yang kami kasihi dan hormati. Datuk Ibab dan Datuk Talip Md Zin.Agak sukar saya nak sanggalkan carta daeng yang ada pada saya ini.

Kenapa beliau sepi dan tidak membawa keluarganya ke istana semula ada sebabnya. Mendengar cerita Datuk Langgar ini mendalami ilmu agama dan lebih selesa  dengan keadaan sedia ada dan jawatan istana yang ada diserahkan kepada 4 adik daeng yang lain. Mungkin beliau lebih selesa dengan kehidupan orang biasa.

Ada maklumat lain. wakil daripada istana datang  mencari beliau dan beliau memesan supaya tiada orang yang mereka cari kepada anak cucunya.Emak saya ada mengatakan pasukan berkuda datang mencari beliau pada tahun 70an dahulu. Dan tambahan masa majlis daulat ada wakil istana datang mengambil tanah di makam beliau.

Kenapa usaha tidak diteruskan. sukar saya nak jawap soalan ini.Saya amati sebenarnya keluarga kami bukan merupakan waris kuat dalam daeng marewah. tetapi itu bukan persoalannya. Jika ALLAH izinkan usaha pencarian salahsilah bugis ini dengan secara tidak langsung kita dapat merapatkan kekeluargaan yang jauh dan yang terputus lama. Tambahan kami disekitar kampung Serkam Darat ini akan selesai dalam teka teki pencarian salahsilah kampung.

wallahualam..daeng arshad.. 

lepas ini nak coret pasal perang rokan. mesti ramai nak tahu. heheh tunggu..........